Assalamualaikum...lama tak "update" blog...maklumlah...aku baharu saja masuk kolej...jadi macam-macam assignment dah kena buat...hehehe...
Hari ini aku nak mengulas sedikit mengenai perlawanan antara Malaysia dan Singapura dalam Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia, semalam (23/7/1011). Walaupun Harimau Malaya "dibaham" Singa 5-3, aku tak rasa sedih atau kecewa pun. Malah aku berbangga dengan pencapaian Malaysia. Cuma aku terkilan dari segi pertahanan Malaysia saja la. Tapi yang lain memang mantap beb!
Kenapa aku berbangga?Sebab setelah ketinggalan 4-1 (mula-mula Malaysia "leading" dengan gol Safee Sali pada minit-1), Malaysia kembali bangkit pada separuh masa kedua dengan jaringan Amirul Hadi Awang pada minit-68 dan jaringan Safee Sali selang dua minit kemudian.
Malangnya pertahanan Harimau Malaya selepas itu semakin lama semakin merosot menyebabkan Aleksandar Duric berjaya menjaringkan gol ke-5 Singapura pada minit ke-80. Walaupun begitu, aku tetap tabik dengan defender Malaysia, Mohd Muslim Ahmad sebab hanya dia seorang sahaja sedaya upaya menjaga Aleksandar sebelum Aleksandar berjaya membolosi gawang gol Malaysia untuk gol terakhir Singapura.
Lagi satu, aku nak bagi "tabik spring" dekat Mohd Sharbinee Allawee Ramli, "keeper" Malaysia untuk perlawanan semalam. Tapi aku tersangatlah sedih sebab ramai yang tak suka Sharbinee lepas perlawanan semalam. Ramai yang mengatakan yang Khairul Fahmi Che Mat lebih bagus dari dia. Tapi mereka sedar tak yang Sharbinee telah bermain bersungguh-sungguh untuk menghalang "peluru" bola dari pihak lawan?Kalau bukan kerana defend Malaysia yang tersangat lemah (kecuali Mohd Muslim), pasti kejayaan di tangan kita.
Dan apabila terjadinya kejadian seperti semalam, semua orang seperti dah lupakan jasa Sharbinee untuk Malaysia. Tahu tak yang Sharbinee adalah "keeper" Malaysia ketika melawan Vietnam pada Sukan Sea Laos yang akhirnya pingat emas menjadi milik Malaysia selepas 20 tahun? Dan tahu tak Sharbinee juga adalah "keeper" yang disuluh laser ketika perlawanan menentang Indonesia di Piala Suzuki?
Aku rasa kalau tukar "keeper" lain masa lawan Vietnam tempoh hari, tak merasa Malaysia pingat emas sebab pemain Vietnam tersangatlah agresif masa itu. Sharbinee dengan tenang menghalang segala asakan bola Vietnam tersebut. Dan semua orang tahu mata boleh hilang penglihatan sementara sekiranya terkena laser. Tetapi Sharbinee tidah kecoh pun walaupun disuluh laser oleh fanatik bola Indonesia. Tolonglah, jangan mudah melupakan jasa seseorang hanya kerana kesalahan kecil. Dan pada pandangan peribadi aku, Sharbinee adalah "keeper" terbaik Malaysia!Siapa tak setuju dengan pandangan aku tak apa, aku pun tak marah. Tapi sebelum nak marah aku, tengok dulu perlawanan bola yang melibatkan Sharbinee, ok?
Ok, itu saja nak cerita. Kepada Malaysia, buat yang TERBAIK di Bukit Jalil nanti, ok?Sesungguhnya aku berbangga dengan Harimau Malaya sebab kesemua pemain Malaysia adalah anak tempatan kita sendiri dan jurulatih kita juga adalah orang Malaysia. Senang cerita kita patut berbangga sebab Malaysia berjuang dengan tenaga anak tempatan sendiri. Barulah seronok kalau menang dan kalau kalah tak rasa apa-apa pun. Hehe...ok Assalamualaikum, annyeong!

tapi bagi sy khairul fahmi lagi bagus dari sarbinee. sebab dia lah Malaysia boleh bangkit kembali slepas menang dgn indonesia.. hehe. :D
ReplyDeletemasing-masing ade pandangan mereka tersendiri kan...tapi walau bagaimanapun kita tak boleh melupakan jasa sharbinee jugak...=)
ReplyDelete