07 January 2012

Salahkah Hati Ini Mencintai Cinta?


Duhai hati...
Tak salah kau terdetik...
Mengatakan kau cintakan dia...

Kerana itulah fitrah...
Yang diciptakan Maha Pengasih...
Buat insan-insan yang diciptakan-Nya...

Tapi hati...
Jangan kau persiakan nikmat kurniaan-Nya...
Jangan cuba kau cemari nikmat-Nya...
Dengan budaya kuning...

Jagalah batas...
Jagalah hati...
Jagalah akhlak...
Nescaya cinta kau akan diredhai...

Kepada cinta...
Terima kasih kerana sudi terima hati ini...
Sama-samalah kita menjaga kurniaan Ilahi...
Mengikut landasan yang sebenar...

Semoga kasih kita direstui...
Diakhiri dengan ikatan yang suci...
Dan kekal sehingga ke Syurga-Nya...
Insya-Allah....

No comments:

Post a Comment