20 January 2012

Takziah Buat Keluarga Encik Pilus Atas Pemergian Allahyarham Izwan Pilus, Al-Fatihah...

Assalamualaikum...


Baru dapat berita yang Izwan Pilus (gambar) telah kembali ke rahmatullah hari ini (20.01.2012) kira-kira 6.15 petang tadi dekat Facebook kakak.

Aku dengan kakak aku ape lagi, search la Encik Google. So memang betul la. Nak-nak nye bile Aril (Adik Izwan Pilus) tweet mengatakan abangnya telah meninggal dunie. Begitu juge Pak Nil (Aznil Haji Nawawi), Dato' AC Mizal dan Erul AF9 tweet bende yang same.


Terkejut jugak mendengar berite ini. Izwan atau name sebenarnye Khairil Izwan Pilus meninggal dunia dikatakan disebabkan oleh jangkitan kuman pada usia 33 tahun.

Semoga keluarga Encik Pilus tabah menghadapi dugaan ini, redha dan terima ujian Allah ini...lebih menyentuh perasaan, arwah Izwan pergi menghadap Ilahi pada hari Jumaat, iaitu penghulu segala hari.

Al-Fatihah, semoga roh Allahyarham Izwan Pilus ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...

p/s : Ajal tidak mengenal usia, apabila sampai masanya, Izrail pasti datang "menjemput" roh kita tidak kira dalam keadaan apa dan di mana pun dengan izin-Nya, tidak lambat sesaat dan tidak cepat sesaat...semoga amal ibadat dan amal jariah kita cukup untuk menjadi bekalan buat kita apabila sampainya masa kita nanti...Al-Fatihah sekali lagi buat Allahyarham Khairil Izwan Pilus....

No comments:

Post a Comment