Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Negeri Sembilan pada
tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Alang Kocer kepada penulis untuk
pedoman semua pembaca budiman.
Kisah berlaku di sebuah pekan yang bernama Kampung Gamin, Senanti. Seorang lelaki yang bernama Mael Kolip (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Mael adalah seorang bomoh di kampung tersebut.
Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Mael budak itu adalah Alang Kocer pencerita kisah ini.
Alang Kocer dengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Alang Kocer cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Mael bercakap mengadap sekeping cermin.
Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Alang Kocer tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Alang Kocer cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Alang Kocer dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Mael tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Alang Kocer melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Alang Kocer terus melarikan diri.
Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Mael. Bapanya mengatakan bahawa Mael menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.
Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Alang Kocer berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.
Selepas makan malam, Alang Kocer terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.
Alang Kocer cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.
Apabila Alang Kocer membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Mael. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.
Pagi besoknya apabila dia tersedar Alang Kocer melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Alang Kocer bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Mael. Alang Kocer terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.
Sesampainya di tanah perkuburan Alang Kocer melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Alang Kocer berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Alang Kocer melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.
Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.
p/s : free2 aku kene tipu dengan blog Anak-Anak Negeri Smbilan...credit to the blog's owner...hahahaha... =.=
No comments:
Post a Comment