Kepada Engkau Yang Bernama Lelaki :
♥ Jangan menyentuh hati perempuan jika tak berniat untuk terus memegangnya
♥Jangan meluahkan perasaan pada perempuan jika tak berniat untuk menyimpan cintanya
♥Jangan cuba menyakiti hati perempuan kerana hati perempuan umpama kaca, sekali pecah boleh dicantumkan kembali tapi tetap akan menampakkan retaknya
♥Jangan bermain dengan perasaan perempuan kerana jiwa perempuan penuh dengan sifat keibuan, mudah tersentuh dan seterusnya air matanya senang mengalir
♥Jangan cuba untuk berjanji berpasangan dengan perempuan jika berniat untuk meninggalkannya
♥Jangan jatuh cinta pada perempuan kerana perempuan itu cantik dan menjadi rebutan lelaki, tetapi jatuh cintalah pada perempuan yang beraklak baik dan menjadi idaman para ibu untuk menjadi calon menantu
Dan lelaki...
♥Jangan mengatakan cinta, sayang dan berjanji setia dengan perempuan jika tidak berniat untuk mengahwininya
Kerana...
Jika
anda melakukannya, anda sebenarnya adalah lelaki yang
pengecut. Kerana anda hanya tahu mempermainkan kaum perempuan yang lemah. Dan pilihlah isteri yang boleh menemani anda di kala duka, tempat untuk bermanja, menjaga segala keperluan anda dan peneman hingga ke akhir waktu.
Kepada Engkau Yang Bernama Perempuan :
♥ Jangan mudah menyerahkan hati kepada lelaki yang tidak tahu menghargai hati anda, tetapi pinjamkanlah hati anda kepada lelaki yang benar-benar ingin menjaga hati anda
♥Jangan permainkan perasaan lelaki yang benar-benar mencintai anda kerana lelaki yang baik sukar dicari
♥Jangan mudah berjanji setia atau meluahkan kata sayang pada lelaki jika anda hanya ingin bersuka-ria
♥Jangan suka permainkan hati lelaki kerana kemungkinan lelaki itulah yang terbaik untuk anda
♥Jangan mudah membenarkan lelaki yang tidak sepatutnya bermain dengan perasaan anda dan jangan anda juga melakukan perkara yang sama pada lelaki
♥Jangan mudah berharap pada lelaki jika tidak ingin kecewa
Dan perempuan, ingatlah...
♥Jangan salah memilih lelaki sekiranya anda inginkan imam yang bersungguh-sungguh membimbing anda ke jalan yang benar
Kerana...
Jika anda melakukannya, anda tentunya seorang perempuan yang murah yang mudah disentuh oleh mana-mana lelaki! Jadilah seperti permata yang mahal harganya, hanya mampu dimiliki orang yang layak, bukan seperti pasir di pantai, yang mampu dipijak dan dipegang oleh sesiapa sahaja. Terimalah cinta lelaki yang sememangnya ingin anda menjadi penemannya dan sanggup mengambil tanggungjawab dari keluarga anda untuk menjaga anda sehingga ke akhir hayat.
♥Kepada bakal imamku, ingatlah peringatan ini, dan aku juga akan sentiasa mengambil peringatan ini. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan-Nya dan semoga Allah mempertemukan jodoh kita. Aamiin.♥
Aq dgn dia blm prnh di setuh.Dia mau dtang ksni dtang dri jauh.tpi dya ada pcr.tpi aq dgn dia dh lma knl sblm dia knl dgn prpuan itu.aq dgn dia sllu gadooh kdang oke
ReplyDeleteAq dgn dia mau ktmu.tpi aq blm prnh di stuh..wlpn kmi dh lma knl..tpi dya mau dtang ksni dtng dri jauh..apa itu mksd si dia ..tpi dya ada pcr
ReplyDeletekalau dia ada pacar, tapi masih mahu kamu, itu erti dia tidak ikhlas mahukan kamu..kerna hubungan cinta tu hanya melibatkan 2 orang sahaja, tidak ada yg ketiga. :)
DeleteMbak gimana ngedit blog biar bisa bagus gini
ReplyDeletesaya google saje cara mau edit https://www.google.com/search?q=cara-cara+mengedit+blog+menggunakan+templat&ie=utf-8&oe=utf-8#q=cara-cara+mengedit+blogger+menggunakan+template
Deletepilih saja yg mana kamu rasa senang
utk template, saya lebih suka cari di sini http://thecutestblogontheblock.com/
ok... saya akn ikut nasihat awak... kpd jodohku.. aku bukanlahh insan yg kacak.. tp manis itu ade lahh..hihihi
ReplyDeletehahahaha...:)
Delete7thn sy tgg seorang girl..akhirnya cinta sy berbalas...selepas bercinta,kami mula merancang perkahwinan.dlm masa yg sama,girl mintak putus disebabkan,sy dituduh kurang comitment.sy sedih dengan harapan 7 thn menunggu..itu balasan dia..alhamdullilah itu ketentuan allah
ReplyDeletebersabarlah..ape boleh buat..semua berdasarkan org dan hati dia sendiri..biarlah kita kecewa skrg drpd kecewa selepas berkahwin..masih ada yg jodoh yg lebih baik, Allah tu sebaik-baik perancang. :)
Deletespnjang sy hidup sy xpernah mainkn perasaan insan yg bergelar perempuan..tapi knpe tiap kali sy berharap kat seseorg tu mesti hati dye berubah..sakitnye tu tuhan je tau..sy xnk smpai satu tahap sy mainkn balek perasaan perempuan..ape patut sy buat erkk
ReplyDeleteJangan membalas apa Yang telah diperlakukan pada awak. Awak tahu rasa sakit itu. Jadi jangan buat pada orang. Awak rasa bahagia kah dengan lukakan hati orang? Serahkan saja pada sang pencipta. Dia saja Yang layak menghukum.
DeleteZaman sekarang,bagi aku dah tkde istilah lelaki sahaja yg menghancurkan hati perempuan..dh byk perempuan yg menghancurkan hati lelaki..in the end..bler kene tinggal/kecewa/gagal ..lelaki gak dipersalahkan..pompuan tu blh je move on..sebab die pempuan jenis mcm ni..singgah kt setiap lelaki,amik hati die,remukkan..lepas tu buat hal sampai lelaki tu nk tinggalkan die..n die akan claim..lelaki semua same..nape aku post mcm ni?sebab ade antara perempuan mcm tu akan bace comment..n fyi..aku nk korang tahu..u deserved it..
ReplyDeleteMaaf,life aku, perempuan je yg maenkan hati aku,post mcm ni..tk brape tepat.. lagi2 zaman sekarang..pempuan pon dh byk maenkan hati lelaki..aku slh sorang la..bler jumpe yg baek,korang betray..bler jumpe yg playboy..yg tu la perempuan syg..kene maen..kene tipu..pastu kene tinggal..lepas tu blame lelaki balik,n lelaki yg baek gak la terima hamput maki perempuan mcm ni..in the end..never ending bende ni..laki n pompuan hancurkan hati same sendiri..tkyah cover lebih wahai kaum perempuan yg bajet2 alim..aku tulis comment ni ntuk perempuan jenis yg pernah buat mcm aku ckp..
ReplyDeleteZaman sekarang lelaki atau perempuan sama ja perangai yg membezakan hanya jantina..saya sendiri perempuan saya pun tidak boleh terima perangai perempuan yg mcm tu bila jumpa lelaki yg baik boleh terima baik buruk seseorang perempuan tu serta menghormati perempuan tapi dengan senang-wenang tinggal kan lelaki yg banyak berkorban utk perempuan tu demi lelaki lain alasan lelaki tu kaya la ada keta mewah la bla...bla...
Deletesaya rasa sy post general utk kedua-dua jantina, tidak bias pun...sy ade kawan lelaki yg dipermainkan oleh ex-gf dia, dan sy ada kakak yg bercerai sbb bekas suami nak berpoligami, nk kembali pada gilfren lama walaupun tau diri x mampu, jd kakak pilih bercerai sblm nasib dia lagi tak terbela..sbb tu sy buat post ini.. :)
ReplyDelete