04 May 2013

Ambang PRU 13 : Mengimbau Kembali Sejarah Lalu, Mengupas Segala Pengalaman Aku.

Assalamualaikum

Inilah first and the last post before PRU.Kali ini aku cuma nak taip perkara yang serius. Hal ini kerana, ini adalah masa depan dan hala tuju negara. Dan apa yang aku harap, baca la apa yang aku nukilankan ini dengan hati terbuka, dan minda yang tenang. Terima pendapat aku ini tanpa rasa marah kerana ini adalah pengalaman aku sendiri. Berlaku di depan mata dan masih segar di ingatan aku sehingga kini. Segala terkasar bahasa yang menyebabkan tersentapnya hati anda yang membacanya, harap dimaafi.-elmimuluk

Mukadimah : Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum bahang keluar mengundi terasa. Rata-rata masih berkempen untuk parti masing-masing. Tapi yang tak enak di dengar apabila parti ini mengata parti itu dan parti itu mengata parti ini. Fitnah menfitnah sesama sendiri. Itukah budaya yang Islam ajarkan?

Yang paling menyedihkan hati, pemimpin parti yang dikatakan memperjuangkan Islam, ingin menjadikan Malaysia negara Islam, sanggup mengatakan mereka yang memihak kepada parti "sekian sekian" berdosa besar, haram, jatuh murtad. Sehingga terkeluarlah doa-doa yang meminta kehancuran kepada parti "sekian sekian" itu. Begitukah adab berdoa yang Islam ajarkan, meminta kehancuran pada saudara sesama Islam? Tuhankan kalian untuk menentukan mereka murtad, berdosa besar?

Bukan kita yang tentukan dosa pahala seseorang, tetapi Allah. Lupakah kalian tentang itu? Ya, aku mengakui kepincangan yang mereka lakukan, tetapi bukankah sebagai saudara sesama Islam, kita berhak menegur, menasihati kepincangan itu, dan sama-sama mengubah kepincangan itu dan bukannya terus menjatuhkan hukum? 

Jika benar mereka melakukan kesalahan, kenapa tidak yang bijak pandai itu menegur, memperbetulkan kesilapan daripada terus menghukum?

Kemuncaknya aku lihat apabila parti itu bergabung dengan DAP. Kenapa parti itu aku tidak mahu sebut namanya, tetapi DAP dengan beraninya aku menyebut? Kerana aku ingin menceritakan siapakan DAP dari sudut pandangan aku. Yang aku kenal semenjak aku kecil, sehingga aku dikurniakan nikmat akal dan kematangan. Barulah cerita aku bermula....

Arwah abah merupakan antara orang Melayu yang terpenting dalam DAP (apa pangkat abah dalam DAP biarlah aku rahsiakan). Ke mana sahaja abah pergi berkempen, mak, Bang Am dan akulah orang yang paling setia menemani abah.

Ya, pemimpin DAP ketika itu (tidak mahu aku sebutkan namanya di sini, berfikirlah siapa orang itu) amat memerlukan abah untuk meraih sokongan orang Melayu, orang Islam. Segala ceruk abah mengikut pemimpin itu berkempen, berdemontrasi. Sehingga berdemontrasi untuk membebaskan anaknya dari tahanan penjara, aku juga turut berada di situ. Masih segar di ingatan aku mereka mempersembahkan tarian singa di hadapan penjara. Tung tang tung tang bunyinya.Haha.

Ketika demontrasi meminta tol ditutup (tidak aku ingat tol mana). Abah, mak, Bang Am dan aku turut di situ. Siap ada patung kadbod Samy Vellu. Berpanas aku ketika itu. Haha.

Di mana ya lagi? Oh ya, sewaktu Ponggal tahun 1998 tak silap aku, satu famili mengikut abah pergi ke Majlis Ponggal. Sebagai salah seorang orang kanan DAP, abah kenalah mengikut. Terpaksa lah mengikut pemimpin itu yang ingin menunjukkan yang mereka ini parti pelbagai kaum, bukan untuk satu kaum sahaja.

Apa lagi ya? Abah mengikut mereka ke Sweden. Mereka mengatakan pada abah yang itu adalah jemputan daripada parti politik di Sweden. Tetapi apabila abah di sana, lain yang berlaku. Mereka terang-terangan mengutuk kerajaan, mengutuk undang-undang di sini. Begitukah mereka "menjaga" imej Malaysia di mata orang luar?

Sejak dari hari itu, abah dah mula hilang kepercayaan pada DAP. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin itu menolak abah untuk jadi calon, dengan alasan "Kawasan tu ramai C**A, kalau letak Melayu nanti kalah". Wah, racistnya beliau dengan abah. Kalaulah parti itu kuat, pengundi tidak akan pandang calon. Tapi alasannya seolah-olah pemimpin itu tidak mahu orang Melayu berkuasa. Dan sejak dari itu, barulah abah nampak warna sebenar DAP. Satu persatu orang Melayu diperlekeh, termasuk abah, orang kuat DAP sendiri.

Segalanya abah bongkar di depan Tun Dr Mahathir di Seberang Prai tahun 1999. Ya, hampir semua media massa dan media cetak membuat liputan apa yang abah bongkarkan. Termasuklah perjumpaan di Sweden. Bukannya mereka dijemput tetapi DAP sendiri meminta untuk membuat perjumpaan itu, untuk mengutuk kerajaan.

Itulah statement pertama dan terakhir abah. Selepas itu abah terus bersara dari dunia politik. Untuk menunjukkan abah tidak dibeli atau dibayar oleh sesiapa, abah tidak masuk mana-mana parti politik selepas abah umum KELUAR dari DAP!

Walaupun tika itu aku masih kecil, aku masih mampu berfikir, kenapa di majlis yang ada orang Melayu dan Islam, kenapa management DAP menyediakan arak di meja yang diduduki orang kuat mereka yang beragama Islam? Memang abah dan kawan-kawan Islam abah tak mengusik minuman haram itu tetapi jika benar mereka menghormati Melayu dan Islam, kenapa perkara sekecil itu mereka tak hormati?

Di sini aku kepilkan bukti-bukti pengalaman kami selama ini.

 That little girl is me, my mak (pakai tudung) and my Abah (baju merah), persoalan, kenapa kalung tu perlu ada gambar anak beliau? Hmmm...berkempen maybe...

Serupa tapi tak sama.Abah yang kat sebelah budak baju merah tu. Dahsyat abah diberi peluang potong reben sebelah pemimpin itu. Heh.
Ini time lepas anak beliau dibebaskan. Jadi meraikan hari pembebasannya lah.

Ini bukan propaganda. Inilah pengalaman abah. Pengalaman aku. Itu sebelum abah sedar. Apabila abah sedar permainan sebenar mereka ini, satu sahaja abah pesan, undilah siapa sahaja tapi bukan DAP!

p/s : Aku mungkin boleh menyokong mereka (parti yang memperjuangkan Islam itu), tapi apabila mereka bersatu dengan parti yang telah mempergunakan abah, memperlekehkan abah membuatkan aku tawar hati untuk menyokong mereka. Ini sahaja aku mampu ceritakan walaupun banyak lagi yang ingin aku tunjuk sebab aku taknak digelar "MACAI". Aku tak bekerja untuk siapa-siapa. Aku tak dibayar oleh sesiapa, aku cuma memberitahu apa yang aku tahu. Pengalaman aku. Ini sahaja yang aku mampu buat memandangkan usia aku masih belum layak mengundi. Feel free to angry. Cuma apa yang aku mampu cakap, semua orang ada hak bersuara, jadi hormati lah pandangan orang. Bukan menyalak, memekak dan memaki tanpa hala tuju. Tunjukkan kematangan, bukan kebodohan. Sekian.

No comments:

Post a Comment