Assalamualaikum...
Sangat susah sebenarnya aku nak menghapdet blog aku ni disebabkan kekangan masa, dan juga MALAS..haha...aku rajin balas komen adik-adik yang tanya pasal KPTM je..haha
Btw berbalik kepada tajuk dia atas, ni kalau arwah abah hidup lagi, kena gelak je aku ni. Haha..Ye la masa kakak aku dulu tak adalah sampai macam ni. Sampai ke aku je kena berpindah-randah. Dah macam manusia nomad. Haha.
Kisahnya, masa mula-mula duduk rumah kat Cheras Indah tu, ada
pulak manusia bogel menari-nari kat beranda rumah. Kak Nabil nampak ada lelaki bogel macam nak curi baju ehem ehem yang disidai kat luar. Kak Nabil pun menjerit. Lelaki tu lari. Sebenarnya dah banyak kali diorang hilang baju dan seluar ehem ehem termasuklah baju dan seluar buat jalan2 (aku tak pernah sebab baru duduk). Oleh kerana dah nampak bayang pelakunya, kami pun GET OUT from that house.
Then pindah ke Apartmen Tulip dekat Cempaka, jauh sikitlah. Kena naik tren atau kereta kalau nak pegi kolej. Kalau rumah lama tu dapatlah jalan kaki. Jimat belanja. Lepas tu oleh kerana kakak degree nak keluar, kami pun kenalah keluar. Gila nak bayar untuk bahagian diorang? Memang larilah bajet kitorang. Nak cari orang baru yang memang ada yang nak masuk bulan 7. Jadi Arikal pun telah mencari iklan rumah utk disewa dan terjumpanya di group KPTM.
Rumah kedai. But not bad. Ada semua kelengkapan, tv, peti ais and mesin basuh. Kedai makan kat depan, pasar malam pun dekat. Yang paling penting, depan tu LRT, jalan merentasi LRT dah sampai kolej. So jimat belanja. Yang lagi jimat belanja, sewa untuk seorang dalam RM80. Ha kau? Seronok jemah. Haha.
Yang lagi best. Encik I pun tolong saya pindah. ^_^
And tak lupe jugak kepada Faris sebab tolong. Btw tu la last wa jumpe Encik I sebab after that I terus drive balik Melaka sebab cuti sem 3 minggu. So jumpe balik dengan Encik I lagi 3 minggu la. Hmmmm...
Gambar dengan Encik I lepas pindah-randah and gambar terakhir before I balik Melaka..Huhu..
Btw tu je nak cerita. Bye, Assalamualaikum.
salam akak.. kalau kita yg amik program dalaman kptm ni, ada exam math ke lps minggu orientasi?
ReplyDeletewassalam..xde ape2 exam pun..lps orientasi terus kelas..:)
Deleteouh~ maknanya, bdk yg amk usahasama uitm jela yg ada exam math.. mcm tu..
ReplyDeleteakak skunk duduk kt rumah kedai? berpatutan jgk sewa dia dpd duduk kt asrama kena byr rm200 tiap bln. huh~ :P
rasa nk duduk skl kt rmh kedai dgn akak je.. haha~
SAYA NI PEREMPUAN TAU.
ye la kot..yup skrg duduk rumah kedai..haha..bleh je kalau adik nk duduk sekali tp akak nnt keluar bln 12..nnt adik duduk sorg2 plak..hihi..
Deleteakak nak keluar? sebab apa? akak nak duduk kt mana? huhu~ sori banyak songeh. :P
ReplyDeletehujung tahun ni akak dh habis sem 5..tahun dpn akak praktikal..akak buat kat melaka..habis praktikal terus grad..sbb tu akak nk kuar..:)
Deleteyeke? cepat je masa berlalu. masa saya kenal akak pn, jumpa blog yg akak citer psl asrama kptm tu.. sedihnya..
ReplyDeleteala..nk buat mcm mane...mase nk kene "halau" dr kptm dh nk tibe..nnt kalau ade rezeki..kite jumpe..:)
DeleteinsyaAllah.. akak, nak tanya lg, kita kena dpt pointer yg ok setiap sem ke kalau nk bljr kt overseas?
ReplyDeletehaa! lg 1, akak kn pnh dpt anugerah dekan, akak pn da nk grad.. kiranya akak ada peluang la kan? :D
yup..kene la pointer yg bagus..alhamdulillah..sblm ni akak dptlah dekan setiap sem..sem 4 tak taula dekan lg ke x sbb result pun x kuar lg..insya-Allah..doa-doakan la ye..:)
DeleteAkak . Saya daftar 24/6 . Saya nak tanya boleh tak kalau nak tukar kelas and boleh tak kalau taknak pegi orentasi ? Selalunya daftar berapa ramai ? And asrama dia bebas tak ? Maaf banyak tanya . Hope akk jawab ;)
ReplyDeletetukar kelas x boleh..ape kelas yg kptm bg, tu la yg kite kene terima..boleh je x pegi orientasi tp time orientasi la kptm salurkan pelbagai info yg beri manfaat kat kita bile masuk kptm nanti...nanti time first kelas xdelah xtau ape2 langsung..better pergi if adik xde sakit ape2 or xde hal..:)
DeleteAkak pinjamn mara btul ke dpt sem 2 ? Duhh
ReplyDeleteyup..:)
DeleteSalam kak. Nak tanya kalau pelajar baru kptm tapi tknk ddk hostel kptm boleh tk? Baru jumpa blog ni :( harap akak dpt reply
ReplyDeletewassalam, boleh je... xpayah hantar borang pengesahan asrama tu.. :)
Delete