27 August 2013

Sakit Hati.

Assalamualaikum...


Simple tajuk. Tapi pengisian yang nak diisi kat sini agak kompleks jugakla. Bukan apa. Just nak ekspresi apa yang aku suka dan aku tak suka. Kadang-kadang cakap terus terang pun orang tak paham. Apatah lagi cakap berkias. Hmmmm...

1. Aku paling pantang orang tipu aku. Kalau benda kecik aku boleh accept. Ni kalau dah melibatkan penipuan yang boleh buat hati retak dan keadaan berubah, nak aku buat ape, SENYUM? Kadang-kadang aku terfikir...aku tak pernah tipu orang tu, tapi kenapa orang tu nak tipu aku? Tak kisahla apa pun jenis relationship, couple, sahabat, suami isteri, kalau dah disulam dengan penipuan dan ketidakjujuran, apa guna hidup bersama? Jujur je lah..biarpun perit nak terima..tapi which one is better? Tahu benda tu on the spot or dapat tau selepas berbulan-bulan ditipu? Syukurlah Allah kurniakan aku hati yang agak lembut walaupun keras kepala.

 Aku senang nak maafkan orang yang dah tipu aku sebab aku jugak harapkan kemaafan if one day aku buat salah. TAPI! Jangan expect aku akan percaya 100% lagi. Jangan tanya if aku akan tanya macam-macam walhal benda tu kecik. Macam contoh; Pergi mana?Dengan siapa?Buat apa?Bukannya lama pun nak sampai situ, tadi buat apa? Kenapa nak bayar lagi sedangkan dah bayar?(aku pernah tanya soalan bertubi-tubi kat KPTM sebab asyik mintak duit tiba-tiba, haha). Kalau tahu rimas kenapa nak MENIPU dulu? Terima je la sebab kau yang buat masalah dulu. Kami pihak yang ditipu tak buang and tak "bunuh" pihak yang menipu tu pun dah cukup bagus. Aku nak tanye, siapa yang suka ditipu, kan? 


2. Aku bad mood and orang buat lawak super bodoh tahap antarabangsa. Aku bukan tak ade sense of humor. Tapi beragakla if time tu aku tengah terkenang arwah ayah aku, selamba badak hot jadikan fizikal aku bahan gurauan/buat lawak bodoh sumpah tak ingat (contohla). If nak menceriakan pun, tanye dulu masalah apa, bagi kata-kata semangat and lepas tu nak buat lawak bodoh, buatlah. Ok?


3. Aku takut ditinggalkan dan cepat rasa terabai. Pengalaman kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh setahun cukup bagi kesan kat aku. Arwah Abah ngan Arwah Bang Am tempat aku bermanja. Bila diorang pergi, aku rasa aku dah tak ada semangat nak hidup. Aku rasa ditinggalkan. Sebab tu aku aku tak boleh tak contact sehari insan-insan yang dekat dengan aku macam mak aku dengan Is. Tapi kalau selalunya aku je yang start lepas tu tak dilayan, makin cepatlah aku rasa terabai. Benda-benda macam ni akan buat aku rasa aku tak pernah ada function dalam hidup diorang. Macam tak wujud pun. Bukan mengada-ngada, tapi pengalaman yang jadi kan diri aku sekarang. Pengalaman ditipu, ditinggalkan, diabaikan.

4. Yang terakhir kot, aku tak suka orang masuk campur kehidupan seharian aku. Kalau tak nampak aku, first soalan orang tanya kat kawan aku, "Mana Elmi, gaduh dengan Is ke?", "Mana Elmi, korang gaduh ke?Bukan duduk serumah ke?" Aiyoo dah macam makcik kampung bergosip. Busy body pun beragak la. Orang tak pernah expect kalau aku tak ade aku sakit ke, ape ke..tapi expect aku bergaduh. Ye aku tau kesilapan lalu yang asyik share if aku bergaduh dengan sesape. Tapi tu dulu. Aku dah tak share ape-ape dah. Tapi masih ada mulut-mulut yang suka buat conclusion pasal hidup aku. Tanya aku directly tak boleh ke? Bukannya aku dah mati. Kalau setakat tanya aku mana tak ape, ni siap bagitahu "sebab" aku tak datang tu yang tak tahan. Tak salah ambil tahu, tapi jangan asyik jaga tepi kain orang sedangkan kain sendiri terkoyak. Ok?

Tu je yang nak cerita. Blog aku kan, suka hatilah nak cerita ape pun. But before mengundurkan diri, aku mohon maaf if ade terasa ke. Bahasa aku mungkin kasar, tapi aku sure, tak semua pasti ada yang tak suka benda-benda kat atas ni berlaku kat diri diorang. Oklah bye..Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment