07 June 2014

Fall In Love dan Kisah Suka Duka dan Amarah Di Kolej. HAHA!

Assalamualaikum...


Wah sudah lama ku tidak mengemaskini blog. Ini kerana aku sangat sibuk dengan praktikal aku di Kementerian Pertahanan Malaysia. Maka secara tidak rasminya aku telah menamatkan Diploma Sains Komputer dengan berakhirnya praktikal aku 16 Mei yang lepas. Begitu banyak kenangan manis di situ. Oh praktikal. Haha. So sekarang ni jobless lah (a.k.a. penganggur terhormat..haha).


Time ni majlis perpisahan aku di Kementerian Pertahanan. Haha.


Ni report praktikal. Maka dengan menghantar report ini, berakhirlah secara tak rasminye diploma aku.Haha.


So, adalah masa lapang yang serba banyak ni, tetiba teringat plak zaman kolej dulu. Dari masa first masuk kolej time orientasi, sampailah hari terakhir aku mengambil exam di kolej. Pelbagai kisah suka duka yang aku lalui. AHA! Firstly aku nak cerita pasal "cinta di kolej". Haha.

Biasalah, typically sebahagian budak kolej ni, bila masuk kolej / universiti mesti pakwe/makwe yang dicari dulu, study kemudian (termasuklah aku). Haha. Eh tapi don't worry, gatal-gatal aku ni, study still jadi keutamaan aku (alhamdulillah..dapat jugaklah merasa dekan hampir setiap sem...haha). Tapi wa ada satu rahsia mau kongsi ma. Masa first sem masuk kolej, aku bawak jugak perangai masa sekolah aku, iaitu "lelaki ke perempuan ke semuanya hanyalah kawan". Maksudnya, first sem sampai membawak ke tengah first sem tu, AKU MMG TAK ADE KEINGINAN NAK CARI PAKWE PUN!(maaf la ye tercaps lock plak..haha). So semua budak lelaki yang aku kenal tu semuanye hanyalah kawan.

Tapi nilah part paling kelakar dalam hidup aku kalau yang berkaitan dengan cintan cintun ni. Dulu sebelum masuk kolej, adelah senior aku time sekolah (nama dirahsiakan) mesej-mesej aku. Kitorang satu organisasi Pusat Sumber. Mase sekolah tu seingat aku 2 3 kali jelah bercakap, tu pun pasal kerja. Alih-alih dia mesej aku. Aku pun pelik, tapi tangan tu still gatal nak reply mesej tu. Haha.Kitorang pun mesej-mesej la sampailah aku masuk kolej. 

Kalau tak silap aku, hari pertama aku orientasi, dia bagi aku satu mesej. Aku tak ingat apa mesej dia tapi maksudnya lebih kurang macam ni "Saya suka awak. Boleh tak awak terima saya?" Aku pun terkesima. Yelah budak 18 tahun lagi yang memang tak ade pengalaman langsung pasey cintan cintun ni. Ape lagi reaksi yang aku boleh bagi? Terkesima lah. Dulu tengok kawan-kawan berkapel-kapel ni, hati tu pun nak jugak. Setelah sejam lebih aku interview mamat tu kenape dia nak kat aku, aku mesej dia yang aku terimalah.

Tapi selalunya kalau seorang lelaki mintak kapel dengan perempuan, perempuan tu mesti suka. Tapi aku tak macam tu. Sepanjang malam aku gelisah tak boleh tidur. Berselubung dalam selimut sampai berpeluh-peluhlah. Tak boleh tidur padahal esoknya kene bangun pagi. Langsung tak ade perasaan excited. So aku follow je kata hati. Pagi tu bangkit je dari katil, aku terus mesej dia, "Awak, sorry. Saya tak dapat terima awak. Saya tak sedia lagi nak ada komitmen. Saya nak belajar dulu. Lagipun saya takut family saya marah. Kita still boleh jadi kawan." Macam tulah kot lebih kurang ayatnya. Skema tak? Biasalah ayat budak 18 tahun kan?Haha. Yelah, baru je orientasi dah nak gatal bercinta?Mau mak aku sesah pakai parang time tu. Haha.

Lepas tu terus aku silent phone. Boleh plak die bantai call banyak kali time aku tengah orientasi. Lepas tu mesej macam-macam, kenapa awak buat saya macam ni apelah. Kau pikir aku nak layan? Kalau mesej kau nak berkawan aku layan, tapi kalau setakat nak tanya kenapa aku tolak kau, maaflah. Sejak tu aku tak layan dah mesej dia. Haha. Elmi memang kejam.

Dah tengah sem tu, tetibe ade secret admirer (SA). Hehe. *blushing* . Aku ni jenis tak percaya yang aku akan ada SA. Yelah, nak kata aku lawa, lawa lagi tiang batu kolej aku. Nak kata lembut, kawan-kawan aku kata aku ni garang macam singa. Sampaikan kawan aku Vicknesh selamba badak dia kata "Macam manalah Is boleh suka kau yang garang ni." See, nampak tak dikriminasi diorang kat aku? Haha. Then nak kata aku ni keperempuanan sangat, aku rasa yang menampakkan aku ni perempuan kat kolej ialah aku pakai tudung and baju kurung. Itu je. Pegi kolej kalau tak bawak laptop pun pakai beg sandang. Macam mane? Sampai kawan aku si Fahmi boleh perli aku masa aku first-first nak pakai beg perempuan, lebih kurang macam ni, "Wei Elmi, hang dah pandai jadi perempuan no sejak dengan Is ni." Ceh, perlu ke kaitkan dengan Is? Jadi memang aku tak percayalah ada SA (nama dirahsiakan jugak) time tu. 

First-first dia mesej. Then mesej and mesej. Aku pun layan, layan dan layan. Dari segi body language dia, ada nampak jugaklah dia macam nak mengendeng dengan aku. Aku pun bodoh-bodoh alang aku biorkan jelah. Aku ingatkan dia memang macam tu,Sampai lah satu tahap dia cakap dia suka kat aku, kat IM Facebook. Haha. Aku punyalah terkesima, aku langsung tak balas mesej dia. Boleh tak macam tu? Entahlah. Dia bukannya tak baik. Baik. Pandai jugaklah. Caring. Good looking. Kalau bezakan kulit aku ngan kulit dia, putih lagi kulit dia. Pakai Aura White kot. Aku standard pakai bedak sejuk mak aku je. Tapi entahlah, time tu tak terbukak hati lagi kot nak terima cinta. Hahaha. Tengah-tengah ada konfliknya SA ni, muncullah Encik Mohd Iskandar dalam hidup aku. Ni style mengayat lagi gempak. Nak tau ape ayat first die mesej aku? "Hai Elmo. Nak tanye. Esok kene bawak buku BI ke?". Macam tu kot. Kau tanye aku pasal buku BI? Ayoyoyo. Lepas tu panggil aku Elmo? Dan aku pun dok rewind-rewind, kat kolej si Is ni sorang je panggil aku Elmo. Memang sah la die. Haha.

Kitorang pun mesej-mesej la. And aku teringat satu babak. Time tu tengah duduk ramai-ramai kat Tingkat 3. Aku duduk sebelah Is. SA pun ade kat situ. (Sejak kes aku tak balas isi hati die, die terus tak tegur aku macam selalu, dia buat aku macam orang asing je. Tapi sekarang dah okay la). Tengah syok-syok borak, tetibe si Ayie datang (Ayie ni bestfriend Is kat kolej). Datang-datang je terus die sound aku, macam ni ayat die lebih kurang, "Eh Elmi, aku taulah tiap-tiap malam kau mesej dengan Is." Aku pun dengan reaksi muka selamba aku pun menjawab, "So ape masalahnye kalau aku mesej Is tiap-tiap malam?". Saje je mengiakan. And aku pun pandang sekilas kat muke si SA tu. Aku nampaklah air muka dia berubah. Aku tak taulah berubah kerana ayat Ayie atau perasaan aku yang syok sendiri ni. Haha.

Tapi aku terpikir. Aku rase takde siape tahu aku mesej dengan Is, termasuklah kawan-kawan perempuan aku. Aku memang tak bagitahu diorang. Tapi macam mane si Ayie ni boleh tahu? So memang sah la si Is ni yang pegi bagitahu. Ceh, ingatkan lelaki ni perahsia. Rupanya kalau sampai angin songsang diorang, diorang lagi kepoh dari perempuan. Choi.

So pada tanggal 22 Oktober 2011, itulah tarikh Is cakap ayat tiga kata tu .*blushing lagi*. Tapi yang sakit hatinya sebelum die cakap benda tu, boleh pulak dia ajak aku turun naik tangga KPTM yang jumlahnya ada 5 tingkat? Dari tingkat atas sampai bawah. Sampai depan lab umum baru dia cakap ayat tu. Motif? Aku pun dengan selambanya menjawab "Dah lama buat keje ni?". Hahaha. Tapi tu memang kenangan yang tak dapat dilupakan. Teruk juga eh zaman cintan cintun aku? Haha. Biarlah orang nak kata ape pun, yang penting family aku tau Is siape, family Is tau aku siapa. Kitorang keluar family mesti tau. Takdelah sampai tahap kena menipu mak bapak then guna nama kawankan semata-mata nak keluar dengan pakwe/makwe? 


Time ni Encik Is tolong hakak punye family pindah dari Melake ke Tasik Puteri.


Heeeeee... ^_^

Then mase kat kolej merasalah duduk rumah sewa sebab family kena pindah Melake. Ape ke gile nak ulang-alik dari Melake ke kolej? Alhamdulillah, walaupun banyak kali tukar housemates, nasib baik housemates yang terakhir sekali tu the best! Haha.



Ni lah housemate kiteeee...
(Yang atas sekali tu aku.
Dari kiri, tengah : Kak Deeya, Nawa.
Dari kiri, depan : Nad, Kak Ana, Ogy)


Buat makan-makan sebelum aku officially keluar dari rumah sewa. :(


Tapi walau macam mane pun best nye kat kolej, mesti ade punye kisah tak best kan? Sepanjang aku kat kolej ni, aku hilang 2 orang kawan. Selama aku kat sekolah menengah dulu, aku tak pernah hilang kawan (kalau nak kate aku ni teruklah dalam berkawan). Tak taulah. Maybe ni ujian untuk aku supaya lebih pandai memilih kawan kot. Tapi ape yang pasti, perangai 2 orang "ex-kawan" tu amat dikenali oleh budak-budak kolej. Siapa yang tahan berkawan dengan diorang, mungkinlah jadi kawan sampai sekarang. Tapi aku ni memang tak tahan. So sorry goodbye. 

Mengaku kawan tapi tikam aku dari belakang senyap-senyap. Ape kes? Yelah aku tahu Is tu bukan hak aku, tapi bukan hak kau jugak nak duduk menyandar kat badan Is. Aku tak kisah kalau perangai dia macam tu, aku boleh accept, tapi bukan buat perangai tu dengan Is. Aku ni cemburu kuat. Is dah cakap pasal aku ni kuat cemburu. Tapi tak paham bahasa jugak so tak boleh nak buat apelah. Aku nak jage Is macam mane Is jage aku. Macam mane Is tak bagi aku bergaul melebihi batasan dengan lelaki, macam tu lah jugak aku. Aku kene pilih dua lah antara die dengan Is, so better la aku pilih Is sebab kawan aku ramai lagi yang perangai elok. Orang kata, kita ni boleh hancur kerana kawan. Aku ni pun bukannye baik sangat. Jadi tak salahkan memilih kawan yang elok perangai untuk turut ikut perangai kawan yang elokkan? Mak aku pun cuma nasihat, lepas ni pandailah pilih kawan (sebab mak aku pun tertipu dengan perwatakan die. Ceh == ). 

Lagi sekali aku salah pilih kawan.Lepas tu, boleh pulak yang sorang ni. Menipu budak-budak rumah tapi guna nama aku. Dah kantoi guna wireless rumah tapi tak bayar kat diorang, tapi guna nama aku nak menunjukkan aku ni mastermind lah dalam hal mencuri password wireless. Kejadahnye kau? Nasib baik kak Deeya ambik pendekatan bertanya dulu kat aku pasal hal tu. Sebab dalam mesej die, die cakap ngan budak rumah "Bagitaulah sume aku tak sengaje amik wireless korang, tapi jangan bagitau Elmi eh." Apesal plak? Nak biar selamenye diorang pandang serong kat aku sedangkan nama kau dah bersih? Macam tu? Banyak lagilah kes die menipu guna nama aku, tapi biarlah itu jadi rahsia aku. Lagi satu perangai kau yang kami tak berkenan, gemar menjaja cerita kat orang lain. Kalau cerita betul tak ape. Ni dia putar belit bagi sedap. Kalau tak, takkan mak kau boleh serang kak Ana? Kalau mak kau tau cerita sebenar, aku sure bukan kitorang yang mak kau akan serang, sebaliknya kau yang kena penerajang. Tapi apakan daya, kau kan pembelit cerita profesional? Takpelah. One day kau akan tahu ape itu kifarah. Kau lupe, kerana perangai kau suke menjaja cerita, semua budak kolej perempuan sisihkan kau dan mungkin kau lupa siapa di belakang kau waktu kau disisihkan. Kalau kau tak lupa, kau takkan buat aku macam ni. Dan sekali lagi mak aku tertipu dengan perwatakan dia.

Yang penting, semua virus itu tak ade dah dalam hidup aku. Hope aku tak jumpe lagi orang yang berperangai sampah macam tu and hope aku tak jadi macam diorang. Aku harap didikan arwah abah and mak mampu menjadikan aku manusia yang berguna dan tidak memalukan keluarga. Aku pun tau aku tak sebaik mane tapi at least aku tak adelah sampai nak tikam belakang orang. :)

So kepada adik-adik yang hado membaca post akak ni, pandai-pandailah pilih kawan. Ade yang baik, ade yang perangai macam sampah. Akak dah cerita dah dua jenis kawan yang akak dapat, so hati-hatilah agar tak silap pilih kawan macam akak. And lagi satu, bercinta, bercinta jugak, study tu tetap nombor satu. Tetapkan dalam hati bende tu tau.

Ok sekian sahaja amarah aku kali ni. Bye, Assalamualaikum.

Notakaki : Aku bukan sengaja melepaskan amarah aku di sini. Mungkin orang akan kata, "Ala kau ni Elmi lebih-lebih pulak, chill lah." Korang tak ade kat tempat aku, korang bolehlah cakap macam tu. Cuba korang kene situasi macam mane aku kene? Kene tikam belakang? Serious aku cakap, nampak je aku ni hati batu, tapi aku bukan jenis yang kuat hadapai ujian orang yang berperangai macam tu. And aku pun tak letak nama, kalau terasa maknenye kau lah yang buat bende tu kan? Aku pun tahu aku pun taklah berape baik tapi aku cube untuk tidak makan kawan. Itulah aku. Alamak. Sorilah marah-marah ni. Bukan ape, aku tak suke betul part kawan mkn kawan ni. Aku punyelah jage hati kawan, tapi kawan? Langsung tak pernah pikir pun pasal aku. Biasalah time susah cari aku, time senang, mulalah lupe siapa yang ada di belakang diorang waktu diorang susah. Tak kisahlah susah dari segi disisihkan kawan ke, cari kawan group assignment ke, tak tahu buat assignment ke etc. Tapi takpelah. One day diorang akan tahu ape makne kifarah and hope diorang tak buat lagi perangai macam tu. Cukuplah aku sorang yang terkena. Maafkan boleh, tapi untuk lupekan dan kembali berkawan, itu amat susah bagi aku. :)

No comments:

Post a Comment