Assalamualaikum...mulai hari ini aku akan gunakan bahasa penuh dan kurangkan bahasa rojak dalam setiap artikel aku...iyalah...nak menyahut seruan kerajaan...cintailah bahasa kita...hehehehe...
Baru tadi aku tengok satu filem, Aku Tak Bodoh, adaptasi daripada filem luar negara, I'm Not Stupid Too...sudah banyak kali aku tengok filem...tapi filem ini dah berjaya buat aku menangis!
Yang buat aku kagum sangat...filem ini aku boleh kategorikan sebagai filem indie sebab filem ini promosinya kurang dan bajet pun rendah...tapi aku tak sangka filem ini adalah filem terbaik pernah aku tengok berbanding dengan filem-filem lain yang bajetnya berjuta-juta ringgit...
Biar aku ceritakan sikit kisahnya:
Roy dan Jefri merupakan adik-beradik. Ibu dan bapa Roy selalu sibuk dengan kerja mereka sehingga tiada masa untuk bersama anak-anak. Pada fikiran bapa Roy, rotan dan marah sahaja cara untuk mendidik mereka.
Rakan Roy, Sudin juga menerima nasib yang sama seperti Roy. Bapa Sudin sering memarahi dan memukul Sudin. Cuma beza bapa Roy dan bapa Sudin ialah ibu bapa Roy tiada masa untuk mencurahkan kasih sayang pada anak-anak mereka manakala bapa Sudin pula tidak tahu bagaimana hendak menunjukkan kasih sayang.
Pada waktu yang sama, Jefri telah mencuri wang kantin sekolah dan diketahui oleh Guru Besar. Guru Besar tidak mahu membesarkan masalah dan menyerahkannya kepada ibu bapa Jefri untuk diajar. Bapa Jefri terus merotannya dan tersentak apabila Jefri mengatakan die mencuri kerana dia ingin membeli jam masa untuk ayahnya tetapi kekurangan duit supaya ayahnya dapat mengikuti persembahan drama tari yang dibintangi Jefri di sekolahnya. Dan ketika itu terbuka hati ibu bapa Roy untuk membaca blog Roy yang memaparkan ketidakpuasan hatinya pada ibu bapanya. Ketika itulah ibu bapa Roy dan Jefri sedar akan kesalahan mereka.
Pada suatu hari, Sudin dibuang sekolah kerana memukul Cikgu Anuar. Oleh sebab kekurangan kasih sayang, Roy dan Sudin terlibat dengan kumpulan gengster. Mereka mula mencuri dan meragut. Ketika meragut, Roy dan Sudin ditangkap orang ramai. Kebetulan, ayah Sudin terserempak dengan anaknya yang sedang dipukul. Ketika ingin menyelamatkan anaknya, bapa Sudin terjatuh dari tangga dan koma.
Ketika ayahnya sedang nazak, Mak Jah (rakan sekerja bapa Sudin) telah memberitahu Sudin bahawa ayahnya sanggup berhabis duit untuk membelikannya beg baru, menebalkan muka berjumpa dengan pengetua dan turun naik pejabat pendidikan untuk membuat rayuan supaya Sudin diterima kembali untuk bersekolah. Ketika itu, barulah Sudin sedar akan kasih sayang ayahnya dan diterpa rasa bersalah.
Setelah ayahnya meninggal dunia, pengetua sekolah Sudin telah menerima kembali Sudin sebagai menunaikan amanat terakhir bapa Sudin. Sudin dilatih untuk menjadi pesilat dan berjaya mengharumkan nama Malaysia.
Filem ini memang terbaik la...aku harap banyak lagi filem-filem bercorak begini diterbitkan daripada terbitkan filem-filem berunsurkan gengster ataupun seram. Di bawah ini aku sertakan link untuk filem Aku Tak Bodoh.Ok...Assalamualaikum...Annyeong!
Aku Tak Bodoh Part 1
Aku Tak Bodoh Part 2
Aku Tak Bodoh Part 3
Aku Tak Bodoh Part 4
Aku Tak Bodoh Part 5
Aku Tak Bodoh Part 6
Aku Tak Bodoh Part 7
No comments:
Post a Comment