29 October 2011

Alhamdulillah...dapek juo Jang semuo monang yo?Tahniah Negeri Sembilan

Assalamualaikum...huish...sengit jugak perlawanan bola Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dengan Terengganu...hahaha...

Tapi ternyata nasib menyebelahi Negeri Sembilan apabila menang 2-1 ke atas Terengganu walaupun Terengganu yang mendahului.

Kalau tak silap Azhari yang menjaringkan gol untuk Terengganu (sorry tak ingat sangat-sangat).
Kemudian Kunanlan bangkit menjaringkan gol penyamaan pada minit keberape pun aku tak ingat...dan yang paling penting, Hairudin Omar (Hai-O) menjaringkan gol kemenangan buat Negeri Sembilan tidak lame selepas itu...

Kat bawah ni gambar-gambar editing dari tv aku amik...hahaha...so kepada Azraai Khor dan Sang Rusa...tahniah kerana berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke Negeri Sembilan buat kali ke 3 dan kepada Sang Penyu, maaf sekiranya kami buat kalian menangis...hihihi...

Sekian...Assalamualaikum...annyeong!

Gelombang Kuning Penyokong Negeri Sembilan yang kegembiraan...


Man of The Match = Hai-O


Pemain-pemain Negeri Sembilan diberikan Medal


Saat-saat nak menjulang Piala Malaysia


Piala Malaysia yang bakal dibawa pulang ke Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment