22 November 2011

Tahniah Harimau Muda...Terima Kasih Ong Kim Swee....:D

Assalamualaikum...

Tahniah pada pasukan Malaysia U23 (Harimau Muda) kerana telah berjaya mempertahankan ibu segala pingat emas iaitu pingat untuk acara bola sepak dan mengalahkan Indonesia U23 (Garuda Muda)...

Keputusan : Harimau Muda 1-1 Garuda Muda (Harimau Muda menang dengan jaringan penalti 4-3)

Sedikit review yang aku boleh buat :

Hok mule-mule tu Garuda leading dengan jaringan Gunawan...lepas tu rembatan daripada kapten Harimau, Badrol disempurnakan oleh Asra dengan tandukan sambil rebahkan badan tepat ke gawang gol Garuda...so 1st half Garuda dan Harimau terikat 1-1...

Masuk 2nd half dan masa tambahan pertame dan kedua...kedua-duanye buntu mencari gol...Garuda 2 kali gol offside dan Malaysia sekali...pada 2nd half, Thamil, Guru dan Asra telah digantikan dengan Nazmi, Yong dan Fandi...

Dah habis mase pun buntu tak dapat gol...tendangan penalti telah digunakan...tendangan penalti Malaysia telah disempurnakan oleh Mahali, Fandi, Fadhli dan our captain, Badrol manakala tendangan Fakri memang sangat menyakitkan hati...tapi tak pelah...kalau bukan kerana gol die...Malaysia tak dapat ke final...

Seterusnya...gol cenderamata Indonesia disempurnakan oleh Bonai, Egi dan Abd Rahman manakala gol Gunawan mengenai tiang dan gol Ferdinand "diterkam" keluar oleh Khairul Fahmi...kat bawah ni ade video detik-detik penalti mereka...



So...terbukti anak didik Ong Kim Swee sangat hebat...diharapkan lepas ni ibu segala emas ni boleh dipertahankan lagi dua tahun akan datang...

Jadi lepas ni tak mau tak mau tak mau dengar cerite yang bendera Malaysia tak dihormati...kitorang dah menang...seluruh rakyat Malaysia menyokong dari jauh dengan doa yang tak putus...terime je la takdir ye...?Malaysia pun boleh terime kekalahan bila kalah dengan Singapura tempoh hari...tak de pulak kitorang nak bakar bendera pulakkan?

So ape kate kite berbaik je?Sukan ni nak merapatkan hubungan semua pihak...bukan nak memecah-belahkan sesame sendiri....

Ok sebelum aku mengundurkan diri...aku nak mengucapkan tahniah juge pade semua kontinjen Malaysia yang telah berjaya mendapatkan pingat buat Malaysia...good job guys...!Ok Assalamualaikum...annyeong!

No comments:

Post a Comment