18 December 2011

Perkahwinan Gay ArifF Alfian : Bertaubatlah Sebelum Terlambat!

Assalamualaikum...

Lame tak update blog...tetibe dua tige hari ni mood aku hilang pulak...by the way...mood aku dah balik...so aku nak ulas pasal perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli, seorang beragama Islam, berbangsa Melayu dan berasal dari Malaysia...

Dah lame aku bace pasal ni...tapi baru sekarang aku teragak nak mengulas. Ok, aku sebagai perempuan tercabar bila lelaki memilih lelaki untuk berkahwin (padahal aku dah ade yang punye, haha!) tapi mesti perempuan yang single kat luar tu tercabar kan? ye lah, elok-elok populasi perempuan lagi ramai dari lelaki, die nak jugak pilih lelaki sebagai teman hidup...

Dalam banyak-banyak perempuan, kenape pilih lelaki bang? Kan ke dalam Islam mengatakan salah satu dosa besar ialah zina, liwat (berhubungan lelaki dan lelaki) dan musahaqah (berhubungan perempuan dengan perempuan). Ni yang aku belajar time Form 4 la...

Bukan ke die ni Islam...aku tau tak salah ibu bapanya, tak salah guru-gurunya sebab semuanya bergantung pada hatikan? Kalau hati tak nak buat, tak jadilah ia, kalau hati nak buat, jadi lah ia...

Rasenye dah tersebar kisah kaum Nabi Luth yang ditimpa bencana besar akibat mengamalkan perhubungan sejenis (lelaki dengan lelaki)...zaman sekolah rendah lagi cikgu aku dah cite pasal kisah kaum Nabi Luth ni...

Kesian ibu bapa Ariff Alfian...dah la Petronas tarik balik tajaan...lepas tu diorang kene bayar balik hutang Ariff Alfian pada Petronas, dekat RM 1 juta tu!dapat malu lagi...pergh...kalau aku kat tempat diorang...tak tau nak bayangkan macam mane perasaan...

Aku tak de kudrat nak membantu insan sebegini dengan status aku sebagai pelajar...kenal pun tak dengan Ariff Alfian ni...kalau kawan-kawan aku buat perangai macam ni, memang dah lame kene brainwash dengan aku...tapi nak buat macam mane...aku tak kenal pun Ariff Alfian ni...

So pade mereka yang mampu untuk membawa balik Ariff Alfian ni ke pangkal jalan, sila lah berbuat demikian...ambil iktibar kisah arwah Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesya Farhana yang tak sempat untuk diselamatkan...aku hanya mampu berdoa semoga usaha kalian berjaya...

Diharap keluarga Ariff Alfian tabah menerima dugaan...sayang...orangnye pandai dan berbakat, tapi tidak tau menggunakan nikmat yang Allah berikan...Sama-samalah kita ambil iktibar daripada kisah Ariff Alfian ni...sekian, Assalamualaikum...annyeong!

No comments:

Post a Comment