Assalamualaikum...
Ha...perigi mencari timba? Maksudnya orang perempuan yang terhegeh-hegeh nakkan lelaki (eh bukan terhegeh-hegeh, tapi nakkan lelaki tu sangat-sangat...hahaha).
Ok, selalu kan lelaki yang akan beritahu pada seseorang perempuan yang dia suka pada perempuan itu. Tapi bila perempuan yang luahkan perasaan, ianya macam pelik. Terutamanya ketika zaman tok nenek moyang kita. Kiranya, perigi mencari timba ni macam "taboo" dalam masyarakat Melayu.
Tapi, itu zaman dulu. Zaman sekarang dah lain. Jangan kata meluahkan perasaan, perempuan meminang lelaki pun dah berlambak. Huhu. Tapi kaum lelaki di luar sana jangan pula anggap semua perempuan 'ni kaum murahan. Tak semestinya perempuan yang meluahkan perasaan tu dah 'desperate' sangat nak ada teman lelaki. Mungkin bagi perempuan, meluahkan rasa suka 'tu dapat melegakan hatinya.
Tetapi, harus diingat, tak kiralah lelaki ke, perempuan ke, kalau ada sesiapa yang meluahkan perasaan pada anda, janganlah anda menolak secara kasar sekiranya anda tiada perasaan padanya. Berkatalah elok-elok. Boleh 'aje kan?
Dan lagi satu, berani meluahkan perasaan 'tu memang bagus. Tapi janganlah cari nahas dengan meluahkan perasaan pada orang yang dah berpunya. Kiranya 'feeling' nak jadi orang ketiga. Memang nak kena kaki la kan? Kemudian cuba untuk menghancurkan hubungan orang lain semata-mata nakkan jugak orang itu. Kalau terjadi 'kat aku memang ku pelangkung manusia tu. Haha.
Aku pun tak tahulah apa yang aku merepek ni. Haha. Ok, aku 'chow' dulu. Assalamualaikum, annyeong!
No comments:
Post a Comment