Assalamualaikum...
Di zaman globalisasi ini, masyarakat berlumba-lumba untuk mengejar cita-cita. Menunjukkan siapa yang lebih berjaya, siapa yang lebih berpangkat. Tetapi, fitrah sebagai manusia tak boleh dinafikan, iaitu berpasangan. Sesibuk mana pun seseorang itu, dia mesti akan mempunyai perasaan ingin berpasangan, atau lebih manis kalau aku sebut, KAHWIN.
Relaks 'bro and sis', saya bukannya gatal nak 'post' benda-benda begini. Tetapi usia saya sudah 19 tahun. Jadi tidak salah saya nak membincangkan perkara ini kan? Sekadar nak berkongsi pendapat. :)
Ok. Aku cuma nak kongsi pendapat aku tentang kahwin muda vs kahwin tua. Mana yang lebih bagus? Bagi aku...tak kisah lah mana-mana pun sebab jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang. Kita merancang untuk kahwin muda, mungkin Allah dah tetapkan jodoh kita bila kita dah berusia sikit dan sebaliknya.
Tetapi kalau orang tanya aku nak kahwin bila, aku tentunya akan menjawab, "Kalau boleh aku nak kahwin sebelum umur 25." Hahaha...muda sungguh aku 'target' nak kahwin. Seperti yang aku katakan, bukannya aku gatal, tetapi faham-faham sahajalah zaman sekarang 'ni, banyak godaan. Kalau terjadi sesuatu, siapa nak tanggungkan? Lagipun dalam Islam tak elok bercinta lama-lama. Takut mengundang fitnah. Kalau dah rasa boleh tanggung anak orang, kewangan pun agak stabil untuk mendirikan rumah tangga, apa lagi, cepat-cepatlah masuk meminang. (p/s : jangan risau...aku 'ni senang ditanggung, tak banyak pakai duit pun nak tanggung aku...tak percaya, tanya mak aku...hahahaha!)
Tetapi...jangan ada pula tiba-tiba ada lelaki lain pula gatal masuk meminang aku (statement bajet aku 'ni laku 'je...wakakak!). Sebab aku tunggu seseorang masuk meminang aku. Siapa lagi kalau bukan Mr I...wakakak! "I will wait for you my dear!" *statement sengal*
Bila dapat peluang menulis 'ni mulalah aku merepek...wakakak! Dah lah. Cukup sampai sini sahaja sebelum entah apa lagi aku merapu dekat sini...haha...sekian Assalamualaikum...annyeong!
No comments:
Post a Comment