05 July 2012

Minggu Pertama Kelas Yang Memenatkan Dan Memeningkan!

Assalamualaikum...

3 Julai yang lepas, bermulalah kelas aku di Semester 3, CC101. Mula-mula 'tu kelas Technical Writing, diajar oleh Miss Azureen. Dan yang paling menakutkan, kawan aku Encik Ahmad Akashah boleh pula cadangkan nama aku dekat Miss Azureen jadi 'class rep'. Selamat la satu kelas 'tu 'aje. Kelas lain aku tak payah jadi 'class rep'. Memang kau kena la nanti dengan aku Kasha! HAHAHAHAHAHA! (gelak seghupo gengster)

Okaylah kelas aku semester ni. Cuma yang tak berapa nak seronoknya ada kelas malam sampai pukul 10 malam. Memang menangislah aku nak harung 'jam' dekat Ampang 'tu. Jadi oleh kerana penat dan agak tak puas hati dengan jadual, aku adalah ter'badmood' sikit. Sampaikan Encik I aku pun aku malas nak layan. 'Sorry' tau sayang!

Tetapi aku akan cuba harung semua susah payah dalam semester 'ni. Bak kata Ustaz Fadhulrahman, 'lecturer' Bahasa Arab aku, nak belajar ada 'aje halangannya. Kena harunglah. Insya-Allah aku boleh, nak-naknya ada Encik I satu kelas dengan aku. Tak la 'down' sangatkan. Haha.

Okay itulah ceritaku buat hari 'ni. Panjang umur aku, panjanglah lagi aku menulis dekat blog 'ni. Sekian, Assalamualaikum, annyeong!

To Encik I : 'Sorry' tau sayang. Bukan 'badmood' sebab marah dekat awak,
  larikan diri, duduk sorang-sorang bukan sebab awak buat salah. Sebab saya tension kelas 
macam haram jadah! -.-
Saya sayang awaklah, okay? (sorry tergedik sikit. haha!)

No comments:

Post a Comment