29 June 2012

Andai Ku Tiada

Andai ku tiada
Teruskan kehidupanmu
Jagalah kenangan kita
Kerana ia takkan berulang lagi...

Andai ku tiada
Janganlah meratapi kepergianku
Aku pergi bukan kehendakku
Ianya sudah tertakdir buat aku...

Andai ku tiada
Harapanku ingin lihat kau berjaya
Walau kita berjanji ke menara gading bersama
Biarlah hanya engkau yang tetap melangkah...

Andai ku tiada
Kuatkan hatimu
Untuk mencapai cita-cita
Walaupun tanpa aku di sisi...

Andai ku tiada
Ingatlah aku
Titipkan doamu untukku
Agar perjalanan aku selamat...

Andai ku tiada
Janganlah engkau risau
Berdoalah pada-Nya
Kita bertemu di sana nanti...

#khas untuk yang ikhlas menyayangi aku :)

-ef
-29.06.12
-2317

No comments:

Post a Comment