08 March 2016

Budaya KopiPes Di Kalangan Pelajar : Perlu Ke Kalau Sampai Menyusahkan Orang?

Assalamualaikum..

Wah tajuk kemain kan? Hahahaha..tapi bukan untuk menyinggung hati sesiapa (sebab aku pun kadang2 kopipes jugak..haha).

Tapi kopipes pun biarlah berpada. Pandai2 lah hidup. Jangan sampai menyusahkan orang. Kenapa? Tengok screenshot Whatsapp ni. Baru berlaku dekat pengarang limpa beta ni.










 *sesetengah conversation terpaksa diblurkan demi menjaga aib..huhu..

Kisahnya secara ringkas, Is ni bagi assignment kat kawan dia, konon kawan dia nak buat reference..siap desak2 call2 bagai. Dia ni cepat kesian. Dia bagilah.

Last sekali sampai 8 group copy assignment dia. 8 group weh? Lecturer dia cakap ni first time terjadi. Maknanya sebelum ni tak pernah terjadi. Ke kualiti kebanyakan pelajar sekarang makin berkurang?

Tak pasal2 Is kena bagi statement kat lecturer dia. Mujur lecturer tu tahu yang Is memang buat sendiri. Tapi menyusahkan oranglah nak ulang alik ke kolej semata-mata sebab ada kawan yang ada otak tapi tak reti guna, menyusahkan. Sorrylah ayat kasar tapi siapa tak geramkan, disebabkan orang lain, kita susah?

Yang lagi best, yang amik assignment orang tu, pandai2 plak pegi bagi kat orang lain sampai semua meniru. Mana amanah? Tak pandai pegang amanah eh? 

Nak kopipes, kopipes lah, tapi kopipes lah benda yang perlu..yang perlu ditukar, tukar. Kalau coding plak, kalau orang tu buat comment camtu, declaration variable camni, kau tukarlah lain. Yang pegi copy bolat2 buat apa?

Ni lah masalah sebahagian bebudak sekarang. Konon nak belajar tinggi-tinggi nak tunjuk kat orang lain dia mampu belajar, tapi hakikat sebenar? Kalau betul2 dia nak belajar, takkan jadi macam ni. Takkan menyusahkan orang.

Ye, tau susah belajar, tapi disebabkan subjek tu susah, adakah kopipes bolat2 patut dihalalkan? Kalau cakap dengan orang nak assignment sebab nak buat reference, buatlah reference...bukan pegi tiru bolat2.

It is call plagiarism gais. PLAGIARISM!

Memang akan graduate, cemerlang tak cemerlang belakang kira. Tapi kalau graduate dengan basic meniru assignment je kejenya, agak2 bila dah bekerja nanti, boleh ke buat kerja? Ke nak curi jugak hasil kerja orang lain? Tu pun kalau dapat kerjalah.

Kalau camnilah perangainya, janganlah meroyan dok nak salahkan semua pihak kalau biasiswa tak dapat, pinjaman pelajaran terlalu banyak untuk dibayar dan kerja pun tak dapat. Kalau ada juga yang meroyan dengan attitude macam ni, mohon tampar diri sendiri bagi sedar diri.

Kadang2 bukan nak berlagak pandai, atau kedekut ilmu..tapi bila terlalu murah hati plak..macam ni lah jadinya, kawan pijak kepala sendiri. 

Buat je assignment tu sendiri. Salah ke tidak itu belakang cerita. Lecturer akan tengok effort nak buat sendiri assignment tu. Jangan risau. Yang penting kau tahu macam mana nak praktikkan apa kau belajar. Tu je.

Lagi sekali, benda ni bukan nak menyakiti hati sesiapa..tapi cuba letakkan diri kat tempat orang yang disusahkan. Dahlah hasil kerjanya diambil, terpaksa plak bagi statement membela diri. Kan menyusahkan orang tu? Sebab aku hampir terkena macam nilah. Mujur sempat diketahui. Kalau tak, tak tahulah apa jadi. Walaupun sekadar assignment bodoh.

Nak kopipes boleh kalau dah ketagih sangat nak kopipes, tapi kopipes lah dengan berhemah, jangan sampai menyusahkan orang!

Kbye!

No comments:

Post a Comment