Assalamualaikum,
Lama betul tak menghapdet. Maklumlah sebelum ni busy...sekarang ni banyak masa terluang...hihihi...sekarang mak buyung dah jadi mak berpantang...hahahaha...
Alhamdulillah...pada 20.12.2019 pukul 11.08 malam aku telah selamat menjadi ibu kepada Zara Aufa. Sepatutnya due date dia 5.1.2020 tapi dia nak keluar awal, kita pun ikut kan aja lah...hahaha...dan kebetulan pulak 21.12 tu hari lahir arwah abah...memang saja budak ni plan nak dekat dengan birthday aki dia kot...hahaha...dan lagi kebetulan birthday kakak Pia pulak jatuh pada 22.12...memang jadi bulan celebration lah bulan 12 ni...hahaha...
Tapi sebenarnya bukan sebab dah sampai tanda nak kena beranak, aku kena beranak awal sebab tiba-tiba aku ada Pregnancy in Hypertension (PIH) masa 34 minggu pregnant. Sebab aku dah on ubat darah tinggi, doktor cakap aku dah tak boleh teruskan kandungan lebih dari 38 minggu...so disebabkan minggu 37 tu aku admit wad buat kali ketiga, so doktor kata baik induce terus.

Aku pun pikir takpelah, induce je lah...lagi pun dah cukup bulan dah kiranya. So hari Khamis 19 hb masuk ubat induce tapi satu hari jalan tak bukak2. 2 cm je bukak. Nak keluar apa, kaki pun tak lepas..hahaha...So Jumaat 20.12 pukul 10.30 pagi tu terus kena tolak masuk labour room. Still jalan tak bukak2 lagi.
Doktor pecahkan air ketuban dengan harapan jalan lagi cepat bukak. Sakitnya ya ampun, bukan nak melucah ye. Kena seluk bawah tu hidup-hidup dah rasa macam ayam kena sembelih. Time tu lah baru rasa insaf teringat pengorbanan mak kita lahirkan kita. Kah! Kemudian doktor bius sarankan cucuk epidural untuk kurangkan sakit contraction. Cucuk di tulang belakang. 3 jam pertama tu ok je rasa. Contraction pun tak rasa sangat. Tapi pelan-pelan rasa menyucuk kat tulang belakang. Doktor cakap tu sakit contraction, tekan je ubat epidural tu.
Disebabkan aku memang sakit belakang, aku tau tu bukan sakit contraction, memang sakit belakang aku, tapi tak taulah kenapa teruk sangat, mungkin sebab kena cucuk epidural tu since aku baca epidural tu memang side effect dia akan sakit belakang. Even dah tekan ubat epidural tu, still rasa menyucuk kat belakang.

Lama-lama memang tak boleh tahan, meraung-raung aku dalam tu. Bukan sakit nak beranak, tapi sakit belakang. Tak ke kelakar bila pikir balik...hahahaha...lepas tu doktor bius pakat-pakat turun padang tanya macam-macam..tanya aku tak cakap ke yang aku sakit belakang masa pasang caterer epidural tu...aku jawablah dah doktor tak tanya takkan aku nak cakap, ingat takda lah effect apa-apa...then diorang bukak lah caterer tu. So aku dah takda apa-apa ubat tahan sakit. Sakit belakang + sakit contraction, memang masa ni pikir mati je. Aku dok perah-perah la biceps laki aku, punya tak tahan sakitnya (ampun ya encik suami...hahahaha).
Aku meraung-raung mintak ubat tahan sakit, doktor cakap tak boleh sebab dia dah cucuk dos paling tinggi...adalah satu nurse ni takda sifat humanity langsung, malas nak cite, buat sakit hati je. Nurse lain semua ok, dia sorg je perangai macam firaun kat labour room tu, melebih-lebih pulak dari doktor. Last-last aku mintak doktor kalau jalan tak bukak lagi, terus je lah operate. Lagi lama aku tahan sakit, lagi naik darah aku, effect pun kat baby jugak.
Doktor pun check, jalan baru bukak 4 cm, doktor pun decide nak operate tapi takde terus operate sebab masa tu doktor semua busy dengan operation lain. Masa tu dalam pukul 6.30 petang. The best thing is, aku masuk bilik bedah pukul 10.30 malam. Total 12 jam menanggung sakit. Laki tak boleh masuk bilik bedah, so aku sorang-sorang je dalam tu meraung sakit (takkan nak perah biceps doktor pulak..kah!)
Doktor cakap ada pilihan nak half bius atau fully bius. Tapi kalau ambik fully bius memang banyak side effect. Tapi dia cakap memandangkan sakit belakang aku dah teruk sangat, memang dia suggest fully bius. Sebab half bius bagi kebas area perut je. Buatnya tengah belah-belah, datang sakit belakang tu, tak ke aku melompat dari tempat bedah tu. Hahaha.
Aku sign je semua surat dia bagi. Malas nak pikir. Then doktor suruh sedut pelan-pelan ubat bius tu, lepas tu memang aku terus tak sedar. Sepanjang operate tu, doktor update kat Is macam-macam. Darah aku naik sampai 200, darah hilang dekat 500 ml. Aku rasa kalau pendek umur aku, memang boleh jalan ke alam roh dah aku time tu. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku untuk jaga Zara Aufa.
Tapi aku tak tau yang fully bius tu pun boleh effect kat Zara. Doktor keluarkan Zara dalam keadaan biru dan langsung tak menangis, which is petanda yang sangat tak baik. Doktor bagi bantuan oksigen, Zara tak react, kali kedua bagi bantuan oksigen, pulse Zara turun mendadak...last doktor bagi CPR, barulah pulse dengan paras oksigen Zara naik. Memang terus Zara kena masuk tiub oksigen yang besar tu.

Sedar-sedar aku dari pengsan, aku tanya Is, "Anak ok? Anak apa" dan Is jawab "Anak ok, anak perempuan" padahal anak tak ok sangat lagi time tu. 7 hari Zara kat NICU. Tapi alhamdulillah, dari hari ke hari, keadaan Zara makin baik...daripada pakai tiub oksigen kecik sampailah dia boleh bernafas sendiri. Masa kat wad, orang sekeliling aku semua dah ada anak masing-masing kat tepi...aku sorang-sorang je kat katil 😂.
Aku anggap Allah bagi aku rehat. Pedih wei lepas operate tu. Nak turun katil pun trauma...hahaha...disebabkan Zara lama kekurangan oksigen, doktor takut oksigen tak sampai otak. So doktor dah bagi tarikh-tarikh appointment untuk pantau perkembangan Zara. Hopefully semuanya akan ok. Setakat ni Zara sangat sihat. Cuma masih ada jaundis sikit. Dan harap akan terus sihat. Doktor kata macam kes Zara ni, perhatian yang sangat lebih perlu dibagi kat Zara, untuk rangsang otak dia. So nak tak nak aku kena lupakan dulu hasrat aku untuk bekerja demi memastikan Zara dapat perhatian yang secukupnya.
Untuk tambah anak pun aku cakap dengan Is nanti dulu. Sebab nak keluarkan seketul Zara ni pun banyak dugaan, sampai hampir bahayakan nyawa dia disebabkan penyakit aku. Biarlah Zara betul-betul doktor verify sihat walafiat barulah pikir nak tambah anak.

Persetankan cakap orang yang sibuk dengan rezeki anaknya, padahal diorang tak tahu masalah yang kita hadapi. Macam aku, kalau aku sibuk nak tambah anak sebab pikir anak tu pembawa rezeki, tapi anak-anak aku semua terabai dan sakit-sakit, buat apakan?
Akhir kata semoga anak mak sentiasa sihat dan dilindungi Allah walau di mana sahaja Zara berada sebab tak selamanya mak dapat ada dengan Zara. Nanti Zara dah besar mak bagi baca blog mak ni ye. Sayang anak mak!
-masa ni Zara kat NICU-
No comments:
Post a Comment