Assalamualaikum,
Lama nya tak usik blog ni...agaknya kalau boleh nampak sawang ni dah bersepah agaknya..hahahaha...maklumlah sejak jadi suri rumah ni, busy nau...lagi busy daripada masa bujang dan bekerja dulu..dengan jaga anak-anak bulu yang dah menjangkau bilangan yang ke-19..hihi..
-tambah cucu lagi 5 ekor malam anniversary..malam anniversary jadi bidan pulok..haha!-
Sebenarnya dulu masa lepas akad nikah nak post jugak blog, tapi dari sehari ke sehari terus lupa..sampailah dah setahun ni...hahaha..
-berdebor tak time ni?hahaha!-
Alhamdulillah, 20.01.18, dengan sekali lafaz, aku selamat menjadi isteri kepada Mohd Iskandar bin Razali (hambik kau nama penuh..hahahaha). Jejako inilah yang selalu ada dalam post blog hakak ni ha...alhamdulillah...selama 7 tahun "berkawan", macam-macam dah dilalui, ada sesi-sesi pihak ketiga bagai (kah! ni memang spesis tak sedar diri, dah orang tak layan still nak mencocok, tapi bila kita sound sipi-sipi, dia kata tak minat pun kat laki kita, siap kata kita bukan bini nak ngongkong boipren kita kawan dengan dia...tak minat pun tapi still jugak mengendeng..watsoever la, dah tak kawan dah pun dengan dia..maaf terover nau marahnya, wa berani kerat jari lah kalau sesapa yang kena macam aku kena pun sure tak boleh lupakan apa orang yang berkenaan tu buat).
Fuh, mujurlah hati kuat menempuh dugaan, kah! Kalau tak, tak jadi kahwin lah hakak dengan Encik Iskandar. Hahahahaha! Ok ok, sambung cerita balik. Alhamdulillah, segala jerih perih selama tujuh tahun, Allah permudahkan urusan kami untuk ke arah pernikahan. Aku tidak perlukan majlis besar-besar, cukup buat sekadar yang wajib dan dapat jamu tetamu yang hadir. Masak sendiri je, tak pakai catering..haha..dan cukup sekadar mas kahwin, tidak perlu hantaran mahal-mahal (sampai imam pun terkejut tak ada hantaran..haha)..sebab aku bukan jenis tipikal "ada degree, hantaran mesti lagi tinggi". Tak, aku belajar kerana mahalnya ilmu, bukan untuk mahalkan hantaran.
Aku buat sekadar yang mampu, dan sebolehnya tak nak ada unsur pembaziran. Pelamin buat sendiri, hantaran buat sendiri, mekap pun kakak aku yang mekapkan..hahaha...gambar pun kawan-kawan tangkapkan...Alhamdulillah, aku taknak susahkan suami aku yang baru sahaja bekerja masa tu.
Dan alhamdulillah, sekarang suami aku jaga aku selayaknya seorang suami menjaga isteri...dan dalam keadaan dia dah agak stabil, berbanding masa mula-mula kahwin dulu...disebabkan aku dah berhenti kerja, jadi dialah yang menanggung keluarga kecil kami. Kesian memang kesian, tapi apa boleh buat..nak cari kerja sekarang bukannya senang..haha..kalau tak berhenti kerja dulu, tah bila dapat duduk sekali. Oh ya, dulu aku PJJ dgn dia sebab aku kerja Melaka, dia kerja KL.
Dah genap setahun perkahwinan kami. Rasa macam semalam je masuk kolej dan sekelas sama-sama (soooooo typical, kah!).Allah bagi peluang bermanja berdua dulu. Ada rezeki nanti bertambahlah keluarga kecil kami, InsyaAllah. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal sehingga ke jannah. Aamiin.
No comments:
Post a Comment