05 February 2013

Mungkin Ianya Sekadar Dawai, Tapi Ianya Memberi Kenangan Yang Berharga ♥

Assalamualaikum...

Tajuk tak boleh nak panjang lagikan? Haha..btw apa maksud semua ini? Ha 'ni yang nak cerita (Maaf ye, 'ni memang "open diary" aku...kalau aku rasa nak cerita, aku cerita je la...hehe)

Ok...merujuk pada gambar di bawah ini...mungkin ianya hanya nampak seperti dawai biasa sahaja kan?

|
|
|
|
|
V


Itu baru sekerat 'je aku tunjuk...'ni gambar full dia...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


Haaa...jeng jeng jeng...mungkin pada mata orang yang menengoknya tak ada harga pun kan? Tapi kenapa aku kata ia amat berharga pada aku? Jeng jeng jeng....bentuk di atas itu dibuat oleh Encik Mohd Iskandar b Razali @ My Encik I!!!xD

Mana lah nak tengok lelaki buat bentuk macam 'tu then bagi kat perempuan kan...Sangat jarang...pergh memang terharulah...Tetapi ada kisah di sebalik semua itu...

Masa 'tu memang kitorang gaduh teruk la...'ni semua sebab ada pihak ketiga yang masuk "line"...yang menghasut, yang mengendeng, yang menghimpit, ada yang tambah minyak kat api, semua ada la...cukup rasa lah senang cerita...Dulu aku ni tak kuat jeles tapi mungkin la penyakit jeles Encik I tu dah berpindah ke aku...wolololo!

Bukan tak percaya kat Encik I, tapi biasalah perempuan yang hormonnya tak stabil macam aku 'ni, memanglah cepat gelabahkan....(tapi takpa...Encik I dah cakap perempuan macam 'tu bukan taste dia...haha!) masalahnya 'tu tak payah la aku cerita secara detail. So masa balik kelas 'tu memang aku mengamuk gila la kat Encik I (atotototo cian die kene marah xD). Masa 'tu sepanjang jalan dia hantar aku balik jalan kaki ke rumah sewa, aku senyap 'je...dia cakap aku buat bodoh 'je...(aku 'ni kalau dah marah tahap tertinggi memang aku akan diam).

So tengok dia dah penat-penat hantar aku sampai rumah, aku offer dia nak hantar dia balik pula guna Biawak V3 aku (maksudnya kereta Iswara kaler hijau). Masa dalam kereta tu memang aku senyap gilalah...masa 'tu aku dah nampak tangan dia tengah menganyam...tengah menganyam apa, aku pun tak tahu...lepas 'tu masa dah sampai rumah dia, aku senyap kejap then bermulalah drama TV3 petang-petang 'tu...menangis, tersedu-sedan, terdiam, terkaku...(yang menangis 'tu aku, yang terkaku tu dia...haha)...pergh....dan masing-masing meminta maaf...

Lepas 'tu, ha kau, dia letakla hasil "anyaman" dia tu tadi kat depan aku, dia bagi aku...omaigucci terkejut mak nyah tau...haha...kemuadian 'tu aku teringatlah yang aku ada bagi keratan kertas bentuk yang sama kat dia sebelum 'tu...memang keratan 'tu kecik secoit 'je aku bagi kat dia...aku tanyalah ada ke simpan lagi...terus dia buka beg duit dia dia tunjuk keratan kertas aku 'tu...wah dia boleh simpan benda kecik yang aku rasa tak penting pun kat dompet dia..gila tak terharu?

So aku harap pihak-pihak berkenaan tolonglah kurang-kurangkan masuk "line" kami 'ni...nak berkawan boleh...tapi biarlah berpada...ingatlah hati orang lain, bukan hati aku 'je, orang-orang lain pun ada hati juga...diorang pula yang menyampah tengok perangai pihak-pihak yang berkenaan tu...ok?Sekian Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment