AKU BENCI SANGAT-SANGAT
BILA "PAK ULAMA" SALAH KONSEP!
(ade sesetengah name tu aku sensorkan sikit bukan takut kene saman, tapi nak bagi orang yang bace pikir...hehe...)
Assalamualaikum
Aku pun tak tahu kenape aku benci benci benci lagi (dah macam Nazmi RL5 pulak...haha). Bukan ape...tadi aku tengok satu video ni...pasal seorang selebriti dah beralih arah ke arah Islam dengan join sebuah parti Islam (pikir-pikir sendiri la ye...aku tak nak mention, nanti kene saman...;p).
Alasan dia join, sebab die nak ajar anak die yang dah rosak akhlak kononnya disebabkan slogan kerajaan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan."Tambahnya lagi bile slogan tu digunakan, mereka yang belajar Bio,Kimia dan Fizik takkan tahu yang dunia ini diciptakan oleh Allah.Eh, come on la...ape gune ade mate pelajaran Agama Islam?
Aku pun belajar Bio and Fizik (Kimia aku x ambik), tapi aku tak adelah sampai jahil sangat tak tahu dunie ni milik Allah. Cara cakap macam join parti Islam tu dah boleh masuk syurga...pendek akal betul!
Kalau tak silap aku, parti ni pernah cakap yang umat Islam hanya perlu pentingkan kehidupan akhirat dan dunie perlu dilupakan...Panjang akal nampak?Kalau kite tak pentingkan dunie....macam mane nak makan?Macam contoh nasi depan mate, takkan dengan berdoa pada Allah sahaje nasi sudah boleh masuk ke mulut tanpe gune tangan?Kalau macam tu baiklah Allah cume ciptakan mate,mulut,hidung dan telinge je...dalam Islam pun dah kate kite kene seimbangkan antare dunie dan akhirat...Allah pun dah kate baahawa Dia takkan tolong hambanya yang tak berusaha...
Yang selebriti tu pun satu, mazhab mane die pakai kalau join parti Islam tu boleh ajar anak die kenal Islam?Kalau macam tu aku ni kafirlah sebab arwah abah aku dulu sokong kerajaan?Bukanke akhlak anak bermule dari rumah?Maksudnye ibu bape diorang yang kene ajar, dan seterusnya digilap sedikit oleh pihak sekolah...dan untuk mengekalkannya bergantung pada hati anak itu sendiri?
Pada pikiran "ahli ulama" parti Islam tu, hanya Islam yang dibawa oleh mereka sahaja yang betul sehinggakan dapat menentukan syurga neraka bagi seseorang. Contoh, pada pilihanraya baru-baru ni, parti Islam ni membawa sepanduk berbunyi "Sesiapa yang menyokong U**O, akan masuk NERAKA DAN BERDOSA BESAR". Ade lagi satu doa diorang ni pulak.Bunyi die lebih kurang begini, "Ya Allah, kau berikan kemenangan kepada kami dan kau hancurkan seluruh anggota B*****N **SI***L".
Cube pikir, Islam ade mengajar umatnya mendoakan yang tidak baik pade saudara seagame dengannya ke?Dah tu sape diorang nak tentukan Syurga Neraka seseorang?Tuhan ke?Lagipun siape yang ingat lagi mate pelajaran agame time form 4 kot pasal dosa-dosa besar, ade ke tertulis "KALAU TAK SOKONG PARTI ISLAM TERSEBUT ADALAH SALAH SATU DOSA BESAR?"Aku rase tak berdose pun.
Kalau diorang pikir diorang alim sangat, biar aku ceritakan due cerita mengenai seorang ulama ni dan juge tentang Nabi Muhammad kalau diorang tak ingat cerite ni.
Ni cerita pasal ulama. Aku dapat cerite ni pun dari majalah Hidayah. Kisahnye ade seorang ulama ni memang alim, muridnye diceritakan sampai 9000 orang dan dikatekan boleh terapung di udare. Pade suatu hari die ternampak seseorang sembahyang dengan khusyuknye (sebenarnye tu iblis). Lalu die bertanye pade iblis yang menyamar itu. "Kenapa saudara sembahyang begitu khusyuk?"Jawab iblis, "Aku telah melakukan dosa dan ingin bertaubat."Balas si ulama, "Aku juga ingin sembahyang dengan khusyuk, bagaimana?" Cucuk si iblis, "Kau lakukan la dosa seperti zina."
"Besar sungguh dosa itu!Aku tak sanggup!"Jawab ulama.Balas si iblis, "Kalau begitu kau membunuhlah."Jawab si ulama, "Tetapi aku takut untuk membunuh!"Kata iblis, "Kalau begitu kau minumlah arak dan kemudian kau bertaubat. Dosa minum arak tidak seberapa."Lalu si ulama itu pergi ke seorang perempuan penjual arak dan membeli arak.Bila dia meminum arak, dia mabuk dan apabila terpandang perempuan itu dia pun tergoda dan ingin merogol perempuan itu. Tetapi suami perempuan itu sempat menghalang. Ketika pergelutan si ulama telah membunuh suami perempuan itu.
Dia ditangkap dan dihukum bunuh. Ketika hukuman dijatuhkan iblis datang, "Kau telah melakukan tiga dosa besar tetapi tidak sempat bertaubat. Jika kau ingin ke syurga, kau sembahlah aku!"Tanpa berfikir panjang si ulama terus menyembah iblis sebelum mati.Matilah dia dalam kekufuran dan menjadi penghuni neraka. Alim ulama pun boleh sesat. Jadi aku rase parti Islam tu pun dah nak ke arah begitu meskipun situasi yang berbeza. Situasinye ialah mereka cakap je kerajaan tu jahil Islam, habis tu yang diorang bergabung dengan parti yang pemimpin die sedang terlibat kes liwat tu pehal?Daripada cuba betulkan akidah orang, baiklah perbetulkan dulu akidah geng-geng korang.Betul tak?
Yang ni kisah Nabi Muhammad pulak. Kisahnya pada masa kecil Nabi Muhammad, baginda juga berkeinginan seperti rakan sebayanya seperti bermain dan bergaul di tempat perkumpulan orang ramai (kalau bahasa sekarang disebut parti!). Tapi tidak pula dihalang oleh ibu dan datuknya cume diingatkan supaya menjaga batas pergaulan. Suatu hari baginda ingin ke sebuah majlis yang kalau tak silap aku bercampur lelaki dan perempuan kot. Oleh kerana baginda kekasih Allah, dipadamkan niat baginda untuk ke majlis itu dengan ditidurkan baginda di pertengahan jalan. Apabila baginda sedar, majlis itu pun sudah habis. Moral of the story, contohilah Nabi Muhammad!Nabi Muhammad tu kekasih Allah tetapi baginda juga macam orang lain, bergaul, bekerja, mempunyai nafsu berkahwin tetapi tidak lupa beribadat.
Itu barulah konsep Islam yang sebenarnya kalau korang nak tahu. Konsep Islam yang dipraktikkan oleh parti Islam itu seperti dari kecik kene masuk sekolah tahfiz, tak boleh main, kene kutip duit dari orang ramai kononnya untuk belanje sekolah agame dan orang yang bagi duit tu akan terus masuk syurga, tak boleh bersosial LANGSUNG, tak boleh mengejar keduniaan LANGSUNG melainkan akhirat SAHAJA adalah SALAH SAMA SEKALI!Contohi Nabi Muhammad dan al-Quran kompom korang takkan terpesong.
Arwah abah aku pun pentingkan Islam, pentingkan solat lima waktu tapi arwah tetap mecari rezeki, bermain internet, berblogging, bersosial, berjumpa rakan-rakan dan macam-macam "ber" la. Arwah abah aku tetap jugak bagi kitorang adik beradik bersosial, bercamping jauh-jauh asalkan tahu batas diri. Sebab ape arwah abah aku buat begitu, sebab arwah abah aku tak nak kene soal di akhirat kenape die tak dapat nak gembirakan keluarganye dan kenape die tak dapat bagi kehidupan sempurna pada keluarganye.
Bukan nak berlagak, arwah abah aku dulu AJK Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, tapi tak ade plak arwah nak berlagak pakai jubah, serban dan simpan janggut bagai. Arwah paling-palingpun pergi meeting pakai songkok je. Kalau jalan biase lagi best, pakai selipar je...sori bukan nak ngutuk orang pakai serban atau simpan janggut tau...Dan tak ade pulak arwah hantar kitorang adik-beradik pergi sekolah agame sebab die tahu die boleh didik anak-anak die dengan agame Islam dan boleh harapkan anak-anaknye jage maruah keluarga. Sesape yang kenal aku, ade aku jd kafir, ade aku rosak akhlak tak?
Jadi aku harap parti Islam tu cepatlah sedar sebab konsep diorang dah menyimpang jauh sebenarnya dari agama Islam. Aku bukan nak sokong kerajaan tapi sepanjang aku sekolah tak ade pulak aku ade masalah sekolah kat sekolah kerajaan, siap dapat biasiswa dari kerajaan Selangor sebelum pilihanraya umum 2008. Dan tak ader pulak aku jahil agame Islam belajar kat sekolah kerajaan dengan gunakan biasiswa tersebut. Panjang benar pulak tulisan aku...ok aku nak chow dulu...ok...Assalamualaikum...bye...
(sesape yang menyokong parti Islam itu teruskan menyokong dan jangan pulak nak menghentam aku, aku cume luahkan pandangan sebab aku nak jadi seorang Muslim dan Islam bukan sahaja pada IC tapi pada hati aku jugak. Katekan kalau tak ade kerajaan sekarang boleh ke kite dapatkan kemerdekaan dan bolehke kite terus hidup sebagai Islam di bawah pengaruh Jepun dan British...pikir-pikirkan la ye...Nak jadi fanatik Islam boleh, tapi jangan jadi "PELAMPAU ISLAM" sebab kalau melampau sangat boleh tersesat wooo..!)
pEaCe No WaR..!
No comments:
Post a Comment