10 February 2011

KISAH SI BUTA DAN SI CELIK

Pada suatu hari, datang la si celik mata di sebuah kampung untuk mencari sahabat lamanya, si buta mata yang sudah lama tidak berjumpa.

Lalu dia bertanya pada seorang saudagar, si buta hati untuk menanyakan arah ke rumah si buta mata itu.Dan saudagar si buta hati itu telah mempunyai niat jahat untuk menipunya dengan meminta segala barang dan wang yang dibawa oleh si celik mata itu sebagai bayaran.



Oleh kerana terlalu rindu untuk berjumpa sahabatnya, si celik mata terus memberikan barang padanya tanpa mengetahui niat jahat dan ketidak tahuan si buta hati akan rumah si buta mata itu.

Setelah sampai di sebuah gurun gersang, si buta hati telah meminta diri pada si celik mata kononnya ingin membuang air sebelum melarikan diri.Tinggallah si celik mata di gurun itu tanpa sebarang keperluan asas.

Dengan takdir Allah, lalulah sahabatnya itu di gurun tersebut. Apabila terperasan akan sahabatnya itu, si celik mata terus mendapatkan si buta mata. Walaupun pandangannya gelap, namun dia masih mengenali si celik mata.

Lalu si buta mata membawanya pulang ke rumah. Si celik mata pelik kerana walaupun tidak dapat melihat, si buta mata masih mengenali jalan pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan yang jauh itu, si celik mata mengadu perihal dia ditipu oleh si buta hati kepada si buta mata.

Sesudah sampai di terataknya dan menyediakan makan minum sekadar yang perlu kepada sahabatnya, si buta mata bertanya, "Bagaimana kau boleh kena tipu?Aku kenal akan saudagar itu.Dia juga pernah ingin menipuku, tapi kuasa Allah mengatasi segalanya, Dia berikan aku kecelikan hati untuk mengelakkan cakap-cakap si buta hati itu."

"Ya, aku mengaku walaupun aku celik mata, tapi aku juga buta hati sehingga ditipu si buta hati yang lain.Bagaimana kau mempunyai hati yang celik sehingga jalan pulang ke rumahmu juga kau ingat?"Soal si celik mata.

Jawab si buta mata,"Setiap apa yang kau lakukan, perlu ada keikhlasan dan kejujuran, apabila ada keikhlasan dan kejujuran, kau akan merasakan amannya dunia Allah ini sehingga kau akan berasa takut untu membutakan hatimu.Berdoalah pada Tuhan kita yang Maha Agung itu, semoga kita tidak menjadi si buta hati.Biarlah buta mata, jangan buta hati."

Moral of the story: Biarlah kita menjadi si buta mata tetapi celik hati daripada menjadi si celik mata tapi buta hati.Elakkan diri daripada ditipu si buta hati yang lain dengan mencelikkan hati masing-masing.Caranya, hindarkan perasaan-perasaan keji seperti dendam, dengki dan tamak dari hati.=)


p/s:cerita ini sekadar rekaan untuk memberi pengajaran.tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati.

No comments:

Post a Comment