Assalamualaikum...
Esok (5 hb) adalah ulang tahun kelahiran Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Setiap tahun, 12 Rabiulawal pasti akan anda sambutan seperti berarak keliling kampung sambil berselawat, aktiviti pertandingan nasyid dan pelbagai lagi...
Seperti di masjid di Seri Gombak, kawasan rumah aku...dah buat pertandingan nasyid untuk menerapkan nilai-nilai murni, mengingati perjuangan Rasulullah dan mengeratkan silaturrahim.
Sememangnya dalam sibuk mengejar cinta, pasti ada segelintir yang melupai cinta kepada Rasulullah...sepatutnya bukan hanya pada 12 Rabiulawal sahaja kita perlu mengingati Rasulullah, tetapi ianya perlu dipraktikkan setiap hari sehingga ke akhir hayat.
Sesungguhnya Rasulullah tetap mengingati umatnya sehingga ke akhir hayat baginda, jadi mengapakah kita perlu melupai baginda?
Jadi semailah rasa cinta kepada Rasululalh dalam diri generasi muda semenjak mereka kecil agar mereka tidak terus hanyut kepada cinta dunia...biarlah cinta kepada Allah, Rasul dan keluarga mendahului rasa cinta terhadap kekasih...
Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah....

No comments:
Post a Comment