13 February 2012

Valentine's Day : Kasih Sayang Ditunjukkan Setiap Hari, Bukannya pada 14/2 Aje!

-gambar : Credit to iluvislam.com-

Assalamualaikum...

Esok 14 Februari...ade ape dengan 14 Februari? Hari Kekasih? Valentine's Day? no no no...bagi aku esok adalah hari yang lagi penting daripada itu iaitu kene submit assignment Comp Math dan quiz grammar...hahaha...

Bukan tu yang aku nak cerite...aku nak cerite kenape sambut Valentine's Day itu haram buat umat Islam? Kerana orang yang mula-mula mewujudkan Hari Kekasih ini ialah seorang paderi Kristian, Paus Gelasius I pada tahun 496 M, tetapi digugurkan daripada Takwim Santo Rom Am oleh Paus Paul VI pada tahun 1969 dan dinamakan sempena nama seorang paderi Kristian Purba, Santo Valentine. Jadi yang memulakan sambutan ini ialah orang Kristian.

Diceritakan juga terdapat seorang paderi yang bernama Valentine membunuh diri selepas cintanya terhalang. Pada malam 14 Februari, mereka melakukan hubungan terlarang sebelum membunuh diri bersama-sama. Bukankah itu telah membawa satu mesej buruk?

Jadi kenapa kita perlu menyambut Hari Valentine ni? Nak terpesong akidah? Nak buat perkara terkutuk? Terserah pada anda...anda dah besar...boleh bezakan yang mana baik yang mana buruk...

Tapi satu je aku nak pesan... andai kata anda terberanak anak luar nikah lagi 9 bulan...anda uruskan lah sendiri dan jangan menyusahkan orang lain!

Bagi aku...bukankah seelok-eloknya kasih sayang ditunjukkan setiap hari sehingga ke akhir hayat? Bukan sahaja pada kekasih, kasih sayang juga perlu ditunjukkan pada semua insan dan makhluk ciptaan Ilahi yang ada di muka bumi ini... nescaya pasti kita juga disayangi oleh orang lain dan yang pasti, sikap itu pasti disukai Allah...

Jadi, lu ade otak, lu pikirlah sendiri nak jadi kekasih "touch n go" di malam Valentine ataupun meekspresikan kasih sayang pada setiap makhluk dan menjadi kekasih Allah sehingga akhir hayat.... Sekian Assalamualaikum, annyeong!

No comments:

Post a Comment