28 June 2012

Hari Yang Membosankan! -_-

Assalamualaikum...

Hari ini (28.6.12) adalah hari aku mendaftarkan diri semula di Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KPTMKL). Tetapi aku rasa inilah hari paling membosankan!

Bukan sebab apa, cara pengurusan kolej untuk pendaftaran pelajar. Buat sistem angka giliran dah memang sistematik. Tetapi yang menyakitkan hati ialah orang-orang yang menguruskan pendaftaran pelajar. 

Dah tahu pelajar ramai berbaris, boleh pula salah seorang 'ni, boleh bantai berborak dengan petugas yang tak bertugas masa 'tu sehingga sanggup menutup kaunter. Dah pelajar bising-bising dekat belakang, baru sibuk nak buka kaunter.

Ada lagi satu, pasal slip peperiksaan. Aku tengok budak kursus lain dah dapat slip mereka. Tetapi, budak 'course' aku (CC101), dia suruh ambil kemudian. Padahal slip ada 'je kat sebelah dia. Malas cari ke? Kalau malas biarlah kami cari, kenapa nak suruh kami ambil kemudian?

Harap KPTMKL akan memantapkan lagi lah cara pengurusan mereka. Yang lagi buat hariku bertambah bosan apabila aku dapat tahu semester 'ni aku kena ambil subjek tambahan, iaitu Bahasa Arab. Aduissshhh!

Punya penat la hari 'ni sampai lenguh kaki aku. Aku sampai 'je rumah, solat + makan, lepas 'tu, tidur. Haha. Oklah, sekian Assalamualaikum...annyeong!

No comments:

Post a Comment